APAKAH DASAR PERJUANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?
Secara ringkas GMUKM menggariskan tiga (3) dasar utama iaitu;
1.
Falsafah UKM : yakni paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.
2.
Kebajikan semua mahasiswa serta masyarakat kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.
3.Nilai
keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
APAKAH PRINSIP GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?
GMUKM melalui ‘front’ di bawahnya telah bersepakat menetapkan enam (6) prinsip perjuangan iaitu;
i. Demokrasi
ii. Keadilan Sosial
iii. Non-partisan
iv. Keintelektualan
v. Kesepaduan kaum
APAKAH MATLAMAT SEBENAR PERJUANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) ?
Secara umumnya, GMUKM memperjuangkan :
1. pembinaan minda mahasiswa ke arah pemikiran kelas pertama.
2. hak kebebasan bersuara seluruh mahasiswa-mahasiswi UKM.
3. membebaskan mahasiswa daripada belenggu karenah birokrasi pentadbiran universiti yang menyulitkan.
4. Melahirkan sifat kepimpinan dalam diri setiap mahasiswa yang mempunyai idealisme perjuangan.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment