Biarpun konsert Adam Lambert sudah selesai, tetapi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu ini masih kurang difahami rakan mahasiswa sekalian. Barangkali ada yang sinis akan isu ini dan memandang rendah usaha Gabungan Mahasiswa UKM dan rakan-rakan Pro-Mahasiswa seluruh negara menjalankan himpunan membantah konsert dan menganggapnya sebagai sia-sia.
Umum amat mengenali dan mengetahui bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas.Jelas dia seorang yang gemar mempamerkan aksi liar, lucah dan melampau. Bahkan dia turut ditolak oleh rancangan televisyen, 'Good Morning America' yang bertindak membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan. Adam Lambert bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama ahli kumpulannya.
Gejala hedonisme yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan keilmuan khususnya bagi mahasiswa di IPT. Walaupun Adam Lambert berjaya mematuhi peraturan yang ditetapkan pada persembahan konset baru-baru ini tetapi penganjuran konsert ini melambangkan seolah-olah negara kita menerima dan membenarkan seorang individu yang tidak bermoral ke dalam masyarakat. Dan lebih malang lagi apabila ada mahasiswa walaupun tidak menyokong terang-terangan, tetapi masih berpandangan konsert tersebut ‘just hiburan' dan 'Adam Lambert just nak cari rezeki..'
Gabungan Mahasiswa meluahkan kebimbangan di atas fahaman yang membimbangkan yang kian merebak di kalangan mahasiswa sebegini. Mahasiswa IPT seharusnya bijak menggunakan akal dan pemikiran keintelektualan untuk mencegah diri daripada unsur-unsur hedonisme. Apa gunanya segulung ijazah, dan pekerjaan yang memberi gaji bulanan sekadar RM 3,000 - RM 5,000 tetapi memiliki pemikiran yang gagal membezakan antara yang halal, harus, makruh, haram dan sunat. Hal ini seterusnya dikhuatiri akan bertambah parah apabila mahasiswa tersebut menjadi ketua di sesebuah organisasi. Adakah dapat dibayangkan sekiranya hal tersebut benar-benar terjadi ?
Satu persoalan untuk semua rakan mahasiswa.
P/s : GMUKM memohon maaf di atas posting sebelum ini yang telah membuat suatu konklusi tanpa justifikasi yang jelas. Namun begitu, GMUKM tegas berpandangan isu ini perlu dipandang serius dan diambil langkah pencegahan dengan segera. Semua pihak termasuk mahasiswa UKM perlu memainkan peranan. Jauhi hedonisme.
4 comments:
Islam memimpin transformasi Ummah...
Mabruk GM dan rkan2 pro-M yg tegar menentang kemungkaran di muka bumi ini khususnya Malaysia....
InsyaAllah...kami sentiasa bersama GM...^_^
amar makruf nahi mungkar
Tak tau betul ke tak~~ nak tanya GMUKM, betul ke salah satu FRONT GMUKM, kumpulan KAMI pon pernah ANJUR KONSERt?
Ada baca org cakap konsert dorang anjurkan nie pon liar semacam je...
>>>
Post a Comment