Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, April 4, 2009

49 % Mahasiswa Kata Bahawa MPP Mahasiswa Dizalimi


Inilah kaji soal selidik yang telah diundi oleh para mahasiswa.

Satu kezaliman kepada MPP Mahasiswa 56 (49%)
Menggambarkan bahawa MPP Aspirasi lemah 20 (17%)
Setuju dengan pemilihan jawatan tersebut 26 (22%)
Bersikap berkecuali 12 (10%)

Jelas bahawa dalam soal selidik ini, seramai 56 atau 49 % daripada 114 mahasiswa telah menyatakan bahawa MPP Mahasiswa yang tidak diberikan jawatan dalam PMUKM telah menggambarkan bahawa satu kezaliman kepada 12 MPP Mahasiswa yang diundi oleh mahasiswa secara sah.

Juga 20 responden atau 17 peratus menyatakan bahawa pemilihan jawatan dalam PMUKM menggambarkan bahawa MPP Aspirasi amat lemah manakalan kira-kira 26 mahasiswa atau 22 peratus menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan pemilihan jawatan dalam PMUKM.

Paling menarik, seramai 12 daripada 114 mahasiswa yang mengundi menyatakan sikap berkecuali. Jelas daripada poll ini, menunjukkan bahawa jawatan PMUKM yang dimonopoli oleh MPP Aspirasi adalah satu tindakan zalim dan menggambarkan bahawa mereka takut berhadapan dengan reality bahawa mereka telah kehilangan dua pertiga majoriti. Diharapa mahasiswa UKM dapat berfikir adakah dengan PMUKM yang dimonopoli oleh MPP Aspirasi yang jumud pemikirannya dan suka ditelunjuk ini, mampu membawa perubahan kepada masyarakat kampus UKM. Yang pasti, satu lagi catatan sejarah bahawa PMUKM tahun ini tiadanya Timbalan Exco dan seramai 5 orang MPP Aspirasi akan meninggalkan alam kampus pada hujung bulan lima ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !