Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 18, 2012

Syabas YBhg Tan Sri Naib Canselor



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan semula YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah binti Syed Hassan Shahabuddin yang disambung kontrak selaku Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tempoh satu (1) tahun lagi sehingga 27 Ogos 2013.

Ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula YBhg. Tan Sri sebagai Naib Canselor UKM yang disandang oleh beliau sejak 27 Ogos 2006.

Untuk rekod, Y.Bhg Prof Sharifah Hapsah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari University of New South Wales, Australia (1982) dan  Doctorate in Medicine pada 1997.

Y.Bhg Tan Sri memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan.  Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004-2005).

Gabungan Mahasiswa optimis YBhg Tan Sri bersedia mendengar keluhan para mahasiswa dan mampu mengatasi sebarang karenah birokrasi yang samada sengaja atau tidak sengaja yang wujud dalam sistem pentadbiran universiti.

Mengakhiri kalam, kami di peringkat Gabungan Mahasiswa mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg Tan Sri NC dan mendoakan beliau lebih dinamis dalam mentadbir universiti tempat kita menuntut ilmu.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !