Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah
universiti di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia Sabtu lalu kerana
memiliki ganja seberat 6.8 gram.
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).
Dimaklumkan pelajar itu memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet.
Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut padanya dalam bungkusan kertas surat khabar lama.

Polis Daerah Sleman sedang menyiasat lebih lanjut kes itu, termasuk bagi membongkar jaringan pengedaran dadah dalam kalangan mahasiswa.
Jika sabit kesalahan, pelajar itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun di bawah Fasal 111 dan 115 Undang undang Narkotik Republik Indonesia.
Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pelajar berkenaan memegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Keluarga pelajar itu telah mengetahui mengenai kes berkenaan dan ibunya telah berada di Yogyakarta sejak hari Sabtu itu.
"Pihak EM Indonesia melalui bantuan Atase Konsular dan Imigresen serta Atase PDRM Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memulakan proses bantuan supaya beliau mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya," katanya di Jakarta.
Dr Juzhar berkata pihaknya dengan bantuan pemimpin persatuan pelajar Malaysia juga memantau kebajikan dan kesihatan pelajar itu semasa dia ditahan di Balai Polis Daerah Sleman.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment