Kemenangan yang
telah dikecapi oleh Pro Mahasiswa khususnya di kawasan Lembah Kelang
sememangnya akan membuatkan pihak UMNO KAMPUS seperti cacing kepanasan mencari
sebanyak mungkin alasan untuk menafikan kemenangan yang dicapai ini. Terbaru
menerusi blog yang pro UMNO KAMPUS menyiarkan satu artikel yang telah ditulis
oleh saudara Yuseri Yusoff (Unit Media Baru UMNO/BN) yang telah menyalahkan
pihak pentadbiran universiti terutama di dua universiti iaitu UKM dan UIA
kerana tidak membantu calon dan jentera UMNO KAMPUS dalam mencapai kemenangan
dalam PRK yang lepas.
Artikel itu juga menuduh pihak pentadbiran universiti
terutama NC UKM dan Rektor UIA kerana kegagalan mereka untuk memberikan
penerangan tentang gagasan dan agenda
transformasi kerajaan. NC UKM pula dikatakan gagal dalam melahirkan pemimpin
yang berani dan berkredibilti ekoran kemenangan 7 kerusi dalam PRK yang
dimenangi Pro M tanpa bertanding. Malahan menerusi artikel tersebut telah meminta
PM untuk menggantikan pihak pentadbiran tertinggi universiti di UKM dan UIA
dengan mereka yang dikatakan lebih memahami agenda transformasi kerajaan.
Siapa Yuseri Yusoff? Ranking Blogger Pro-BN?
Kami di
peringkat GMUKM berasa kesal dengan tindakan UMNO KAMPUS yang masih belum mampu
untuk menerima hakikat kekalahan mereka dan kecenderungan pengundi untuk
menolak calon mereka dalam PRK di universiti khususnya di kawasan Lembah
Kelang. Malah apa yang lebih teruk apabila pihak pentadbiran universiti turut
disabitkan sebagai akibat kepada kekalahan teruk mereka dalam PRK di kawasan
tersebut. Menerusi artikel ini, kami melihat kebenaran kepada pembongkaran
konspirasi Ops 2020 yang dikatakan sebagai satu pelan terancang di peringkat
parti pemerintah (UMNO/BN) untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kumpulan
yang pro kerajaan atau disinonimkan dengan nama barunya iaitu UMNO KAMPUS.
Semua
alasan yang dicipta ini hanyalah untuk menutup kesalahan dan kelemahan pihak
mereka sendiri. GMUKM juga berasa kesal dengan tindakan beberapa orang
mahasiswa yang pro Aspirasi (UMNO KAMPUS) yang telah menyerang dan
mempersendakan NC UKM menerusi laman social twitter. Apa yang tidak boleh
dinafikan sekarang adalah anak muda khususnya mahasiswa mula berani dan sedar
untuk membezakan kebenaran dan kebatilan lantaran telah memilih Pro M sebagai
pilihan mereka dan menolak UMNO KAMPUS dalam PRK yang lepas.. Sebab itu, kita
katakan kepada UMNO KAMPUS untuk menerima dan menyedari hakikat kekalahan ini
sebagai kesalahan dan kelemahan diri sendiri tanpa menyalahkan mana-mana pihak terutama
pihak universiti.
Gesaan Buat Pentadbiran UKM
Secara umumnya,
kami boleh sebutkan di sini konspirasi 2020 yang terancang ini gagal dalam
mencapai agenda dan matlamat mereka. Apa yang menjadi persoalan kepada kita
sekarang adalah apa kaitan kekalahan calon Aspirasi dengan pentadbiran UKM dan
tiba-tiba wujud pihak luar yang pro UMNO/BN (Yuseri Yusoff) yang masuk campur dan terus
menyerang dan menyalahkan pihak pentadbiran terhadap kekalahan ini.
Hal ini
menggambarkan kepada kita tentang kegagalan pihak pentadbiran untuk
melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak luar untuk membantu mensistemkan
calon dan pergerakan Aspirasi untuk memenangi PRK sehingga menyebabkan pihak
konspirator menggunakan jentera luar khususnya blogger pro UMNO/BN bertindak
menyerang dan menyalahkan pihak pentadbiran khususnya NC yang mengakibatkan
kekalahan mereka. Oleh sebab itu, GMUKM dari dulu sampai sekarang masih
menganggap calon Aspirasi sebagai “calon sistem”.
Kepada parti
UMNO yang dilihat telah mencampuri urusan urus tadbir universiti, amaran keras
daripada kami untuk tarik diri daripada mempermainkan mahasiswa seterusnya
mencemari kesucian university sebagai medan yang perlu bebas dalam mendalami
ilmu. Sebagaimana tuntutan yang pernah kami buat sebelum ini adalah pihak
pentadbiran kampus digesa untuk bebaskan kampus dari sebarang belenggu dan
komplot politik yang kotor dan berat sebelah. Sesungguhnya universiti merupakan
tempat untuk mahasiswa bukan sekadar menerima malah berfikir supaya mereka
mampu untuk membuat penilaian menerusi kemampuan intelektual mereka seterusnya
menentukan siapa yang menjadi pilihan mereka tanpa sebarang paksaan dan
cengkaman.
Fokus GMUKM
Selepas PRK,
fokus GMUKM sekarang lebih tertumpu kepada soal memaknakan kemenangan yang
telah dicapai ini. GMUKM menerusi MPP yang telah menang sedang dalam proses
untuk merangka dasar dan gagasan untuk membantu memajukan UKM selain tidak
meninggalkan tanggungjawab asas untuk menjaga kebajikan mahasiswa UKM
khususnya. GMUKM melalui wadah PMUKM ingin mengajak seluruh mahasiswa UKM tidak
kira bangsa,keturunan dan ideologi untuk sama-sama kita berganding bahu dan
bersatu dalam mencapai matlamat untuk meletakkan UKM ini di persada
antarabangsa sebagai sebuah universiti yang disegani.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment