Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto PKK dan Unit Foto Penerbit UKM
Foto PKK dan Unit Foto Penerbit UKM
BANGI, 23
Okt 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diharap dapat menyumbang
kepada fasa baru Peradaban Islam yang bakal mendapat perhatian dunia
akibat budaya Barat yang sedang dilanda pelbagai krisis.
Profesor
Dr Kosugi Yasushi yang dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari
UKM hari ini berkata Malaysia harus membuktikan model peradabannya
adalah lebih baik untuk dunia.
Prof
Kosugi dari Kyoto University, Jepun berkata masyarakat antarabangsa
semakin mual dengan peradaban Barat yang terlalu mementingkan kebendaan
dan ketidak adilan.
Kini sudah
sampai masanya Malaysia dan negara Islam Asia Tenggara lain tampil
kehadapan untuk membantu membawa keamanan dan kesejahteraan ke pesada
dunia.
Beliau
memberikan pendapatnya itu dalam ucap balasnya selepas menerima anugerah
PhD Kehormatnya daripada Pro-Canselor UKM, Tengku Ahmad Rithaudden
Tengku Ismail pada sidang ke-7 Konvokesyen ke-40 UKM hari ini.
Walaupun
Makkah dan Madinah adalah tumpuan kerohanian ummah, pusat ekonomi dan
kerilmuan Islam boleh berubah. Umpamanya pada masa lampau Damsyek,
Baghdad, Samarkand dan Istanbul menjadi terkenal kerana inovasi, sains
dan perdagangan, katanya.
Kini sudah sampai tempoh untuk fasa baru wujud bagi peradaban Islam, tambah beliau.
Beliau
melihat UKM dan Malaysia yang maju dalam perbankan Islam dan applikasi
Syariah dalam hal ehwal ekonomi boleh memainkan peranan demikian.
Prof Kosugi, seorang muaalaf, memuji Institut Islam Hadhari yang giat melakukan penyelidikan mendalam mengenai peradaban Islam.
Kyoto
University kini menjalin kerjasama dengan UKM dan beliau yakin usaha
mereka akan berbaloi. Dua pelajar siswazah universiti itu kini
ditempatkan di Institut Islam Hadhari untuk mendapat pendedahan dalam
bidang Pensijilan Halal dan Sains Islam.
Institut Islam Hadhari pula bercadang untuk menempatkan pelajar siswazahnya di Pusat Pengkajian Kawasan Islam (Centre for Islamic Area Studies), Kyoto University.
Kedua universiti juga sedang merancang mengadakan aktiviti penyelidikan bersama dalam bidang peradaban Islam.
Minat Prof
Kosugi terhadap Islam telah mendorongnya mempelajari Bahasa Arab di
Tokyo University pada tahun 1972. Tiga tahun kemudian atas biasiswa
kerajaan Mesir, beliau mengikuti kursus khas pengajian Islam dan
memperolehi ijazah dalam bidang Usulddin dari Al-Azhar University pada
tahun 1983. Beliau juga telah memeluk Islam di Mesir.
Beliau
mengakui ramai tidak menyangka seorang etnik Jepun boleh menjadi
penyelidik dalam bidang Peradaban Islam apatah lagi memeluk Islam tetapi
menerimanya dengan hati terbuka.
Setahun
selepas tertubuhnya Institut Islam Hadhari UKM, Kyoto University
mengambil kesempatan untuk mengadakan jaringan ilmiah dengan UKM pada
2008.
Beliau
sering dijemput menghadiri persidangan dan wacana Ilmiah di peringkat
antarabangsa termasuk di Islamic Foundation, University Cambridge dan di
Durham University, United Kingdom.
Kerjaya Prof
Kosugi bermula di International University of Japan sebagai Pembantu
Penyelidik dan kemudiannya dilantik sebagai Felo Penyelidik Kanan.
Beliau
pernah menyandang jawatan Setiausaha di Institut Pengajian Timur Tengah
Jepun dan kemudiannya dilantik sebagai Professor di Kyoto University.
Prof
Kosugi pernah menjadi Sarjana Tetamu di Centre for Middle Eastern
Studies, University Cambridge dan bertugas di Kyoto University sebagai
Pengarah dan Profesor di Centre for Southeast Asian Studies.
Kini Prof
Kosugi menjawat Pengarah Pertama Centre for Islamic Area Studies dan
Graduate School of Asian and African Area Studies di universiti itu.
Beliau juga adalah ahli Majlis Sains Jepun.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment