Kemunculan
Trans-Rengit di bumi UKM menjadi tanda tanya kepada mahasiswa UKM. Seperti yang
umum ketahui, perkhidmatan bas di UKM kini bertukar daripada KIFFAH kepada
Trans-Rengit. Pada mulanya, kehadiran Trans-Rengit seolah-olah memberi sinar
baru kepada mahasiswa. Namun, belakangan ini berlaku pelbagai permasalahan
dengan perkhidmatan yang disediakan yang sedikit sebanyak mengecewakan emosi
mahasiswa. Kami, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menerima pelbagai aduan
daripada mahasiswa berkaitan dengan perkhidmatan bas di UKM.
Antara
permasalahan yang timbul ialah :
- Perkhidmatan bas yang disediakan tidak kondusif dan tidak mesra pelanggan
- Perkhidmatan bas tidak mencukupi dan tidak menepati masa
- Pemanduan yang tidak berhemah
- Pemandu bas masih tidak mengecam laluan
Kami
di peringkat GMUKM tertanya-tanya adakah ini sahaja yang mampu pihak universiti
sediakan buat mahasiswa UKM? Dimana hak mahasiswa untuk mendapat keselesaan
sebagai pengguna kerana mahasiswa membuat bayaran untuk menggunakan
perkhidmatan ini? GMUKM komited memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Di peringkat
GMUKM, kami pasti akan mencari solusi terbaik untuk warga UKM.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment