Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, January 15, 2013

MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA : SATU TUNTUTAN BUKAN PILIHAN!



Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (Aksis UKM), Nur Aqilah binti Baharin menyelar tindakan salah seorang ahli panel yang dikenali sebagai Pn. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) semasa forum yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia kerana merasakan perbuatan mencantas ucapan wakil mahasiswa UUM iaitu saudari Bawani merupakan satu tindakan yang tidak beradab dan telah memalukan siswi tersebut dihadapan mahasiswa lain. Hal tersebut jelas menunjukkan kepada mahasiswa secara tidak langsung telah dinafikan hak untuk bersuara dan sepatutnya pengerusi majlis membenarkannya menghabiskan hujahnya bukan berterusan memalukan siswi terbabit. Secara tidak langsung Presiden SW1M mencacatkan maksud demokrasi dengan bertindak secara tidak profesional memberhentikan ruang bicara siswi tersebut. Hak demokrasi tercalar!

Forum tersebut ialah Forum Suara Mahasiswa yang menampilkan beberapa orang ahli panel dan telah melibatkan mahasiswa mahasiswi UUM dengan membincangkan tajuk “Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik”. Bagaimanapun, forum tersebut bukan membuatkan mahasiswa berfikir tetapi sebaliknya telah mendoktrin mahasiswa untuk menanam kebencian kepada pihak-pihak tertentu tanpa mendengar sendiri pendapat daripada mahasiswa. Memetik kata-kata Presiden SW1M, “ Number one, when this is our programme, we allowed you to speak. Number two, when I speak, you listen. Let me speak. Let me speak.” Jika pihak penganjur mengimpikan sebuah program yang enggan mendengar atau menerima pakai pandangan orang lain, silakan buat program di dalam hutan. 


Jika dilihat, ketika mana Bawani memberikan hujah ternyata segalanya berhubung dengan fakta. Bukannya hujah kosong yang memburuk-burukkan mana-mana pihak. Bagaimanapun, tindakan berani siswi tersebut telah dianggap kurang ajar dan telah dimalukan dengan begitu teruk di hadapan mahasiswa mahasiswi lain tanpa memberi peluang untuk beliau meneruskan semula hujahnya. Tidak seperti mana hujah yang cuba dibawakan oleh Puan Sharifah, Presiden SW1M yang membawakan hujah ‘National Geographic : Animal Planet’ yang tiada kena mengena langsung dengan isu yang dibawa oleh Saudara Bawani. Hal ini menunjukkan bahawa betapa ceteknya pemikiran seorang Presiden Suara Wanita 1 Malaysia.

Saya selaku mahasiswi berasa sedih dengan sikap yang dipamerkan oleh Presiden SW1M kerana beliau merupakan ikon bagi semua wanita di Malaysia. Namun, hari ini beliau sendiri telah merosakkan pembikinan wanita Malaysia pada masa hadapan diatas kenyataan dan tindakan yang dilakukan baru-baru ini.
Saya berasa terkilan dengan sikap yang dipamerkan oleh rata-rata mahasiswa UUM kerana tiada seorang pun daripada mereka bangkit untuk  mempertahankan siswi tersebut sewaktu dia sedang dimalukan di hadapan ratusan mahasiswa yang lain. Malah rata-rata daripada mereka sakan bertepuk tangan bergembira melihat maruah mahasiswa UUM dicalari tanpa mereka sedari sehingga tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. 

Apa guna ilmu setinggi langit berbangga heret sijil berderet kalau akhirnya jadi lalang yang tersepit. Mahasiswa yang tersepit antara Galaxy Note dan Nilai Kebenaran. Oleh itu, saya beranggapan suara berani saudari Bawani adalah wakil daripada mahasiswa mahasiswi lain dan perlu diberi ruang untuk beliau meneruskan hujah dan tindakan beliau wajar dipuji. Justeru, saya meminta supaya Pn. Sharifah, Presiden SW1M untuk MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA kepada Saudari Bawani atas tindakan yang kurang sopan memberhentikan hujah Bawani serta menjatuhkan kredibiliti seorang mahasiswa. Tanggungjawab anda untuk menunjukkan contoh teladan terbaik sebagai ikon Suara Wanita 1 Malaysia.

Aksis ialah satu pertubuhan mahasiswa yang bernaung di bawah Gabungan Mahasiswa UKM yang berperanan membawa isu-isu mahasiswi ke peringkat tertinggi untuk diselesaikan.
Nur Aqilah binti Baharin, Pengerusi Aksis UKM.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

miaww said...

Im all with Miss Bavani. I support the point of this article importuning Madam Syarifah to apologize.
But honestly saying, this article looks like it was written with hatred and anger.
I think we should show them (or at least madam Syarifah) how and what mature and respect is. Show Malaysia that the university student is no longer immature thinking and emotion based. Lets fixed what to be fixed. =)

nonetheless, we are all bawani ;)

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !