Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 16, 2013

Aspirasi Wajib Malu


Fakta Nombor Penentuan Ranking Universiti:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Tuduhan pihak Aspirasi, berkenaan jatuhnya ranking UKM disebabkan atas tindakan GMUKM/PMUKM yang lebih cenderung memburukan nama Universiti Kebangsaan Malaysia adalah semata-mata “desperate accusation”. Tuduhan tersebut yang mengambil kesimpulan mudah, berdasarkan analisis singkat cukup menunjukkan tahap keintelektualan yang lemah dalam kalangan pimpinan Majlis Tertinggi Aspirasi.






Selama hampir dua tahun PMUKM diterajui GMUKM, pelbagai aktiviti pemartaban universiti telah dilaksanakan. Bahkan bukan sekadar aktiviti, dasar dan pembawaan PMUKM jelas menunjukkan betapa PMUKM berusaha dalam meningkatkan kreadibiliti UKM glokal mahupun global. ASPIRASI WAJIB malu, 7 tahun yang mereka nikmati dalam menerajui tampuk kepimpinan PMUKM, dipimpin tanpa sebarang nilai intergiti. MPP GMUKM, tidak diberikan kedudukan langsung dalam kabinet PMUKM, program yang dilaksanakan tidak bermutu bahkan duit PMUKM digunakan untuk MPP ASPIRASI berjalan-jalan keluar negara.

ASPIRASI WAJIB MALU

Mereka “BERDAFTAR” namun program yang dilaksanakan mereka sendiri belum mampu membawa kepada pemartaban UKM. Kalaulah program pengantarabangsaan di nilai berdasarkan individu yang berjaya keluar negara, pasti KETUA ASPIRASI kali ini, belum pernah menjejakkan kaki ke negara eropah. Atau GMUKM meminta ASPIRASI menamakan ahli jenteranya yang pernah melawati 5 negara berbeza, daripada benua yang berbeza dalam tempoh satu tahun. Sekadar baju yang dibawa, apa lah sangat sumbangannya kepada UKM.

GMUKM sentiasa menekankan “intelektualisme” dalam gerakannya. Melalui PMUKM, Suara kampus, Bedah Buku dan Varsiti: Krisis Nilai dan Kepentingan, direncanakan bagi membumikan nilai intelek dikalangan mahasiswa. Usaha ini seolah-olah virus bagi pengurusan JPPel, abang angkat ASPIRASI UKM, apabila membatalkan pelaksanaan program tersebut dan tidak menghormati Prof. Khazani Abdullah, pensyarah pelawat UKM semasa PMUKM mengendalikan program ini. Intelektualisme JPPel dan ASPIRASI ini menjadi tanda tanya apabila forum yang melibatkan Prof. Dr. Sidek Baba, Pensyarah Pendidikan UIA, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, TNC HEAA UKM diawasi oleh pegawai JPPel dan Wisma Aman UKM, seolah-olah mereka ini penjenayah yang perlu diberkas.

Hakikatnya, kejatuhan ranking IPTA Malaysia, perlu diselidik dengan sebaiknya.

GMUKM melalui Pengerusinya, Abdullah Sani menyeru rakan-rakan mahasiswa untuk bersama-sama, bahu-membahu meningkatkan potensi diri serta membantu merealisasikan paksi PMUKM yang dihuraikan oleh Pengerusi Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM, Mustapha Kamil Husen Abd. Kadir.

GMUKM bersedia bersama-sama pentadbir UKM, untuk memastikan kreadibiliti UKM naik semula. Bagi graduan-graduan UKM, jangan takut untuk memasarkan diri di dunia pekerjaan. Takut tidak diterima bekerja kerana UKM adalah terkenal dengan demonstrasi? Perkara ini hanya berlaku sekiranya kalian memohon berkerja untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Selamat maju jaya. 

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !