Piket Presiden Anjuran PMUKM |
Penganjuran "Piket Presiden
: Hala Tuju Politik Kampus UKM" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sebentar tadi menyaksikan kedua-dua parti politik
kampus hadir menyampaikan piket masing-masing. Aspirasi UKM dan Gabungan
Mahasiswa UKM (GMUKM).
GMUKM menyifatkan piket yang
dianjurkan ini merupakan satu permulaan yang baik mempertemukan kedua belah
pihak. Piket yang diadakan ini memberi peluang dan ruang yang saksama kepada
Aspirasi UKM dan GMUKM untuk membentangkan pembawakan mereka dan matlamat
mereka sekiranya berjaya menawan PMUKM pada Pilihanraya Kampus yang akan
datang.
Selain itu, usaha PMUKM ini harus
disambut baik dan dipuji oleh pihak Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia
kerana dengan penganjuran program seumpama ini dapat memberikan pendidikan dan
kesedaran politik kepada seluruh mahasiswa. Mahasiswa seharusnya didedahkan
dengan politik nilai yang menekankan politik yang adil, bersih, dan matang.
Pengerusi GMUKM berucap pada PIKET PRESIDEN Anjuran PMUKM |
Terima kasih kepada seluruh
mahasiswa yang hadir ke piket sebentar tadi. Kita nantikan siri-siri piket dan
event yang akan datang. Pastinya lebih menarik. Akhirnya, GMUKM merakamkan
ucapan tahniah kepada PMUKM atas penganjuran dan tahniah kepada wakil Aspirasi
UKM kerana menyahut seruan piket ini walaupun yang hadirnya bukan Pengerusi
mereka. Siapakah pengerusi Aspirasi UKM? Persoalan yang belum terjawab sehingga
kini.
Teruskan menyokong kami GMUKM.
"Moving Forward"
1 comments:
semoga terus maju ! :)
sokongan buat GMUKM !
#BERGM LEBIH BAIK .
Post a Comment