“Gabungan
Mahasiswa UKM (GMUKM) sedia tawan PMUKM kali ketiga berturut-turut” pada PRK
akan datang. Itulah antara ucapan keramat dan penuh semangat daripada Pengerusi
GMUKM yang baru, saudara Abdullah Sani Bin Hashim pada Majlis Makan Malam
anjuran Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) yang telah
diadakan pada 12 September 2013.
Penyerahan Panji GMUKM kepada Pengerusi GMUKM Baru, Abdullah Sani. |
Ucapan penuh
bertenaga itu dilaungkan oleh beliau di hadapan ratusan mahasiswa/i yang hadir
ke Majlis Makan Malam tersebut. Beliau menyampaikan ucapan sulungnya setelah
dilantik secara rasmi menjadi Pengerusi GMUKM yang baru menggantikan saudara
Haziq Asyraf.
GMUKM
menyifatkan pelantikan Abdullah Sani menjadi Nakhoda bahtera perjuangan ini
adalah tepat pada masanya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan dan gerakan
mahasiswa kampus. Abdullah Sani dalam ucapannya menegaskan bahawa GMUKM bersiap
sedia untuk menawan PMUKM buat kali yang ketiga berturut-turut walaupun
terpaksa menghadapi tentangan yang hebat daripada Aspirasi UKM, Pentadbiran
Universiti dan UMNO Kampus.
Abdullah
Sani dalam ucapannya juga menempelak Aspirasi UKM dan pentadbiran UKM yang
bertindak tidak adil dan berat sebelah terhadap calon-calon GMUKM semasa dalam
proses berkempen pada Pilihanraya Kampus yang lepas. Kami dihalang untuk
berkempen di sebahagian kolej, manakala calon-calon Aspirasi pula dibenarkan.
Ini sama sekali tidak adil, tegas beliau.
Pengerusi
GMUKM yang baru itu menyeru kepada semua mahasiswa/i UKM supaya percaya dan
yakin bahawa perjuangan yang dibawa oleh GMUKM adalah berada pada landasan
perjuangan yang benar dengan matlamat menegakkan yang hak dan menentang yang
batil. Selagi mana kezaliman dan penindasan terus dilakukan terhadap mahasiswa,
selagi itu GMUKM akan berjuang menentangnya.
"BerGM
Lebih Baik"
"Lead
The Changes"
"Moving
Forward"
Ucapan Sulung Pengerusi GMUKM sesi 2013/14 |
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment