Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, April 5, 2013

Syabas: MPP Saiful Syahir Wakil Biro IPT BN



SEMALAM di dada-dada akhbar jelas memaparkan gambar Majlis Perwakilan Pelajar daripada Aspirasi merangkap UMNO Kampus.

Seperti pepatah melayu, sudah terang lagikan bersuluh, Saudara Saiful Syahir MPP UMNO Kampus FSSK/2 menjadi wakil Biro IPT Parti Barisan Nasional.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merakamkan jutaan penghargaan atas perlantikan tersebut. Sekurang-kurangnya rakan-rakan mahasiswa UKM tahu dengan siapa mereka akan berhubung untuk sebarang aktiviti politik luar yang mungkin mencemarkan nama UKM.

Pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) membenarkan mahasiswa terlibat secara langsung dengan parti politik, malah mahasiswa bebas menggalas tanggungjawab jika diberi jawatan dalam sesebuah parti politik.

Pendirian GMUKM jelas sekiranya terdapat mana-mana unsur politik luar yang masuk ke dalam kampus, sewajarnya mereka diberi keadilan. Meskipun peruntukan AUKU menjelaskan bahawa unsur parti politik luar tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke dalam kawasan Universiti, tidak adil hanya 1 parti politik yang masuk tetapi dikekang parti politik yang berlainan aliran dengan mereka.

Dalam pada itu, GMUKM kesal bahawa Biro IPT BN ini membawa ideologi politik yang kotor, memburukkan nama figure yang tidak sealiran dengan mereka. Tidak pelik jika ada mahasiswa melabel mereka ini kuda tunggangan parti politik, meskipun sebelum ini mereka cukup menentang sebarang sokongan terhadap parti politik.


GMUKM berharap agar Biro IPT BN tidak membawa masuk sebarang unsur kempen yang mereka ciptakan seperti lampiran diatas ini ke dalam perbukitan Ilmu UKM. Perkara ini akan memburukkan nama UKM, kerana GMUKM sayang akan perbukitan Ilmu ini dicemari oleh budaya politik kotor pihak terbabit.

GMUKM percaya rakan-rakan mahasiswa di UKM tidak akan redha dengan penemuan bahan-bahan kempen seperti itu. Jika wujud, rakan-rakan mahasiswa sudah kenal dengan siapa yang mereka perlu berhubung.

GMUKM dari Mahasiswa, kepada Mahasisiwa, bersama Mahasiswa.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !