Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, October 19, 2013

Program Kolej Terus Berlangsung



Salam Mahasiswa.

Status TNC HEPA terbaru adalah program-progam pada hujung minggu ini yang melibatkan kos adalah program yang sukar untuk dibekukan, kerana ianya melibatkan kos yang sudah pun dibayar. Saya beranggapan, status ini tidak lain, hanyalah bagi menjawab statement saya kelmarin .

Status TNC HEPA sepatutnya menjawab kerisauan pelajar senior dan status yang mengecam program-program kolej yang akan berlaku. Adapun apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pentadbiran kolej andai program masih berlaku. Kita dapat maklumat, pagi tadi warga Kolej Keris Mas ada program pula di Bukit Broga. Berapakah kos untuk naik Bukit Broga? Adakah TNC HEPA naik Bukit Broga melibatkan wang ribuan ringgit.

TNC selaku ketua Jawatankuasa Pemilihan sepatutnya bukan sekadar mengeluarkan pekeliling, tetapi mengecam kolej-kolej yang masih berdegil dan mengenakan tindakan yang sepatutnya apabila program-program membawa pelajar tetap berlaku. Kita ingin lihat, apakah respon TNC HEPA terhadap program naik Bukit Broga yang dianjurkan Kolej Keris Mas ini.

Pengetua-pengetua kolej yang merupakan penyokong tegar aspirasi pasti tersenyum akan program mereka yang dibuat sepanjang minggu ini. Ini kerana mereka yakin calon GMUKM sudah tidak dapat berjumpa dengan warga kolej mereka. Sampai masa, kita dedahkan siapakah pengetua-pengetua ini. Mengapakah mereka bertindak se-zalim ini?

Warga tahun satu Kolej Ibrahim Yaakub, dikhabarkan sudah hilang dan telah pun dibawa keluar. Berapa peratus pelajar yang masih di kolej hari ini? Bagaimana calon-calon kita ingin berkempen. TNC dan HEP UKM sudahpun menzalimi mahasiswa yang bertanding pada PRK kali ini. Retorika pekeliling yang dikeluarkan jangan letak lagi, kerana kami sudah tahu agenda yang tersembunyi .

Abdullah Sani Bin Hashim .
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

#MovingForward #GMUKM

#Bantah Kezaliman politik mahasiswa.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !