Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 18, 2013

“ JUMPA TNC HEPA MASIH TIDAK SELESAI MASALAH “

Pengerusi GMUKM bertemu dengan TNC HEPA UKM bagi menuntut
penjelasan mengenai Komplot HEP Dalam PRK kali ini
Semasa piket di masjid UKM selepas solat jumaat tadi, saya tegas akan pendirian bahawa membuat program semasa tempoh pilihanraya kampus adalah salah dan menzalimi politik mahasiswa . Pekeliling yang dikeluarkan oleh TNC HEPA sebelum pada ini menyebut, bahawa mana-mana program diseluruh peringkat dibekukan program. Tetapi kita dapat maklumat akan beberapa program yang akan berlaku di beberapa kolej seperti yang kita dedahkan . Maka Gabungan Mahasiswa tampil pada petang tadi tuntut penjelasan dengan TNC HEPA merangkap ketua jawatankuasa pemilih PRK kali ini. 

Jawapan yang diberikan TNC adalah program tersebut mungkin telah dirancang sebelum keluar tarikh prk . Namun , kami persoalkan kenapa majoriti program adalah 'event' kolej dan mengapa jua semuanya hujung minggu ini . Jawapan beliau pula, kelulusan ini diluluskan oleh bahagian HEP UKM, beliau tidak tahu 'detail' program yang kami dedahkan. kita hanya melahirkan kebimbangan mahasiswa tidak punyai masa untuk kenal siapa calon mereka . Disamping itu, TNC memberi jaminan beliau akan menyiasat balik program-program yang akan berlaku esok dan sepanjang minggu ini yang melibatkan keluar masuk warga kolej . Kita akan selidik bukan sahaja ke HEP ,malah sehingga ke lubang cacing kolej kediaman bagi mendedahkan isu sebenar kejahatan politik mahasiswa yang sedang berlaku hari ini.

GMUKM simpulkan berjumpa dengan TNC HEPA petang tadi tidak menyelesaikan masalah, akan tetapi sekurang kurangnya beliau sudah tahu akan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, telah pun berlaku dan akan berlaku . GMUKM berharap isu program dibekukan ini diadili dengan telus oleh TNC HEPA selaku ketua jawatankuasa Induk PRK kali ini. Kita akan cari bukti , kezaliman agenda UMNO yang akan berlaku sepanjang tempoh PRK kali ini dan kita bongkarkan muslihat mereka.


Abdullah Sani Bin Hashim
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Ukm

Sesi 2013/2014


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !