Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 16, 2013

Benar GMUKM Itu Haram? Lihatlah pula siapa Ahlinya!


Sejak kebelakangan ini, ramai mula mempertikaikan dan cuba untuk menyatakan bahawa GMUKM ini sebagai sebuah parti politik kampus yang bersifat teruk. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa yang menimbulkan isu ini, kerana bagi saya apa yang boleh kita beri kepada mahasiswa itu lebih penting berbanding kita hanya bermain isu perkauman, tudung labuh, fitnah memfitnah dan sebagainya. Fokus kerja kita! Saya tertarik apabila orang menyatakan bahawa GMUKM itu haram?! Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menulis berkaitan ini.

GMUKM HARAM? Lihatlah Siapa Ahlinya?! Alhamdulillah. Sudah 2 tahun GMUKM memegang tampuk PMUKM. Siapa Ahli MPP nya? Hampir Kebanyakan ahli MPP GMUKM merupakan mereka yang hebat dalam latar belakang mereka. Selain PTPTN, kebanyakan dari mereka merupakan pemegang biasiswa JPA, Kementerian Pengajian Tinggi, Shell dan juga Perodua. Jadi, mengapa mereka ini dituduh bahawa sering berfokus kepada politik sehinggakan pelajaran terabai?

Oh, mereka apply sebelum masuk U. Sudah masuk U, mereka involve politik, maka mereka punya result mesti jatuh!. Kita lihat pula kejayaan beberapa MPP GM sebelum ini. Alhamdulillah, sahabat saya, MPP Azrai bakal bergraduasi bersama saya hujung bulan ini dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Cemerlang) iaitu 1st class degree. Sebelum melanjutkan pelajaran ke UKM, beliau juga mendapat Anugerah Naib Canselor Konvokesyen Kolej Islam Melaka. MPP sebelum ini juga, Saudara Faiz Ismail yang mendapat Anugerah Emas Sewaktu Konvokesyen ke-39 telah melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran di UTM, Johor. MPP Mohammad Abdullah, selaku Timbalan Presiden PMUKM 2010/2011 juga menerima anugerahTengku ampuan afzan pada persidangan Konvokesyen ke-40 dan kini sedang mengambil Master. Siapa tidak kenal Faizal Ahmad? Selaku Naib Presiden PMUKM 2010/11 dan Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen ke-39. Beliau kini bertugas di Syarikat Gas dan Minyak di Arab Saudi.

Kami memalukan Universiti? Saya pernah mengharumkan nama Universiti dengan mendapat tempat ke-tiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Rakyat, Pantun Belia, Pantun Bestari. Mendapat anugerah Pingat Perak dan juga Gangsa pemantun Terbaik. Johan Pesta Pantun UKM. MPP GMUKM Hazrin dari KTSN, mendapat pingat EMAS dalam pertandingan SUKEM yang lepas. Mendapat pingat EMAS dalam pertandingan Wajadiri Antarabangsa Silat Cekak Pusaka Hanafi, dan GANGSA dalam Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Pusaka Ust Hanafi. Selain kejayaan MPP Faiz yang mendapat pingat EMAS dalam catur. pertandingan CSelain dari saya ke Bangkok, Thailand, MPP Mufadhal juga telah mewakili UKM, ke Emerging Market Business Summit di Poland pada tahun ini. MPP Mustapha juga pernah mewakili UKM ke pertandingan Shell Eco Marathon peringkat Asia.

Itu hanyalah sedikit kejayaan yang sempat saya tulis berkaitan dengan kejayaan MPP GMUKM sesi saya dan sesi lepas. Kalau ada yang terlepas pandang, maafkan saya. Belum lagi saya masukkan kejayaan Ahli2 GMUKM yang menyertai pertubuhan ini. Seperti saudara Ahmad Tajuddin yang ke technology collaborative exchange program di Japan, Global Power Shift di Istanbul, Global Entrepreneurship Congress 2013 di Rio de Janeiro, dan terpilih ke International Study Week di Gemany. Sama juga dengan ahli GMUKM, Rosilina Saleem yang sekarang ini membuat Double Degree UKM-Ude di Germany.

Jujur saya berasa hairan apabila orang cuba menjatuhkan GMUKM tetapi pada masa yang sama Ahli-ahli GMUKM ini semakin mengorak langkah mengukir kejayaan mereka . Serba sedikit kejayaan ahli-ahli GMUKM, .. Fikirkanlah!

Arief Othman
Speaker PMUKM
Sesi 2012/2013


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !