Pengumuman Calon GMUKM |
Pengerusi Gabungan
Mahasiswa UKM, Saudara Abdullah Sani Bin Hashim yang mengumumkan calon-calon
bertanding daripada GMUKM semalam menegaskan bahawa GMUKM akan tetap bertanding
walaupun HEP UKM kini jelas cuba bermain konspirasi dan berkomplot dalam
memenangkan Aspirasi.
Kita tetap menyertai
pilihanraya kampus bagi menafikan cita-cita Aspirasi yang mahu menawan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kali ini. Kita mahu buktikan pada mahasiswa
bahawa GMUKM bersungguh-sungguh untuk membawa suara mahasiswa. Walaupun HEP UKM
dilihat tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan
penyertaan ini adalah satu cabaran kepada HEP untuk mereka lebih berhati-hati
dalam rancangan mereka kelak.
GMUKM bersedia untuk
menghadapi UMNO Kampus dalam pilihanraya kampus kali ini dan kita bersetuju
untuk menghantar calon GMUKM di kesemua 27 kerusi yang dipertandingkan. Oleh
itu setiap ahli GMUKM dan penyokong harus melipatgandakan usaha bagi mempertahankan kemenangan dalam Pilihanraya kali ini.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment