Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 14, 2013

KALAM PRESIDEN SEMPENA AIDILADHA


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kedatangan hari yang berbahagia ini memberi kita lebih banyak ruang dan peluang untuk kita tingkatkan rasa syukur kehadrat ilahi dan lebih menghayati erti pengorbanan  yang sebenar. Saranan saya, gunakanlah masa yang terbaik sewaktu cuti ini untuk mengeratkan kembali sillaturrahim sesama keluarga dan juga saudara mara. Tidak dilupakan mereka yang memerlukan, hulurkan bantuan sekadar kemampuan yang kita ada.

Mungkin ini merupakan ucapan terakhir saya sebagai Presiden PMUKM bagi sesi 2012/2013. Oleh itu, sangat rugi jika saya lepaskan ruang terbaik ini, untuk saya memohon kemaafan daripada seluruh warga kampus atas segala kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh barisan kepimpinan PMUKM sesi 12/13. Segala teguran dan kritikan yang dilontarkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Teguran dan kritikan anda menjadi azimat dan penguat buat kami untuk terus bergerak maju kehadapan.

Rakan-rakan mahasiswa/i sekalian, ruang kepercayaan yang telah diberikan oleh anda dalam pilihanraya kampus (PRK) yang lepas telah kami manfaatkan sebaik mungkin. Segala kudrat dan keringat telah kami kerahkan, bagi merealisasikan 4 dasar perjuangan yang digariskan, kebajikan, keintelektualan, perpaduan dan pengantarabangsaan melalui medium PMUKM. Anda selayaknya menilai sejauh mana prestasi kami dalam memimpin PMUKM untuk sesi kali ini.

Alhamdulillah, 2 tahun tempoh GMUKM memimpin PMUKM tidak terlalu panjang untuk bawa perubahan yang sangat besar. Perubahan itu tetap ada, dan anda punya peranan yang sangat penting dalam menjayakan segala agenda perubahan yang telah digagaskan. Jangan sia-siakan peluang yang anda ada sebagai ejen perubahan. Saya menyeru rakan-rakan untuk terus bersama agenda perubahan. Perubahan ke arah kebaikan dan manfaat bersama.

Sekian, Terima Kasih.

Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PM Ukm
Sesi 2012/2013

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !