Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 9, 2013

HEP UKM Gagal Umum Tarikh Pilihanraya Kampus

Di kala hampir keseluruhan kampus sudah mendapatkan tarikh pilihanraya kampus masing-masing, malangnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) masih gagal untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus untuk seluruh mahasiswa.

Minggu lepas, Pro Mahasiswa Nasional bersama Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) telah menyerahkan memorandum tuntutan Pilihanraya Kampus Bersih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara kandungan memorandum tersebut adalah untuk mendesak pihak universiti mengumumkan tarikh pilihanraya dengan segera dan terus meletakkan tarikh tersebut dalam takwim tahunan universiti.

Pihak kementerian telah memberikan keseluruhan tarikh pilihanraya untuk semua kampus termasuk UKM yang dijangkakan bakal berlangsung pada 23 Oktober ini. Namun, sebarang perubahan tetap tertakluk kepada keputusan daripada HEP universiti.

Serahan Memorandum Tuntut PRK Bersih di KPT

Andai mereka bersetuju dengan tarikh yang telah diputuskan oleh KPT, seharusnya tarikh tersebut perlu dikeluarkan segera. Ini kerana mahasiswa akan mula bercuti dari 12 oktober sehingga 16 oktober bersempena sambutan Aidil adha dan akan memulakan kembali pengajian pada 17 Oktober. Berdasarkan pengalaman pilihanraya yang lepas, kita menjangkakan tarikh penamaan calon akan berlaku pada 18 Oktober sehari sejurus mahasiswa kembali dari cuti Aidil adha.

“ Apa yang berlaku kepada pihak HEP UKM sebelum dan kali ini jelas menggambarkan kegagalan pengurusan mereka dan ianya bagi kami jelas satu tindakan yang terdesak dan berkepentingan”, tegas Azim Fitri, jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

“Kita berpendirian tragedi yang berlaku ini merupakan agenda tersirat mereka untuk membunuh semangat demokrasi dan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa. Ianya jelas satu tindakan yang zalim,” ujar beliau.

“Kita menuntut kepada pihak HEP khususnya Prof Ir Dato Othman Karim, TNC HEPA UKM untuk bertindak lebih progresif dan bijak dengan mengumumkan tarikh pilihanraya segera kepada seluruh mahasiswa,” sambung beliau lagi.

Pilihanraya kampus UKM yang lepas menyaksikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa dengan majoriti kerusi yang besar.

Azim Fitri Zainal Abidin,
Jurucakap GMUKM.


Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !