Hari ini telah keluar notis pemilihan
majlis perwakilan pelajar UKM bagi sesi 2013.Respon awal yang kita boleh berikan ialah semuanya hasil konpirasi
terancang HEP dan Aspirasi Mahasiswa untuk merampas kembali kerusi PMUKM yang
telah mereka tewas sejak 2 sesi berturut-turut sebelum daripada ini.
Ini adalah langkah terdesak mereka untuk
kembali merampas PMUKM dalam masa yang sama HEP dan politik luar mainkan peranan
penting untuk menjayakan misi mereka kali ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia
sejak daripada awal lagi sudah mengeluarkan tarikh bagi pilihanraya kampus UKM
ialah pada 23 Oktober 2013, namun kerana pengumuman rasmi hanya boleh dibuat oleh
pihak universiti, HEP UKM telah menangguhkan pengumuman sehingga hari ini iaitu
bersamaan 11 Oktober 2013.
Kita lihat konspirasi mereka dalam menyembunyikan
tarikh PRK :
- Hanya mengumumkan tarikh PRK 2 hari bekerja sebelum penamaan calon.
- Tarikh diumumkan pada hari Jumaat yang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampong sempena Aidiladha.
- Pembelian borang bermula serta merta sedang kebanyakan pelajar sudah pulang ke kampung.
- Mahasiswa hanya ada 2 hari bekerja untuk membeli borang penamaan calon.
- Kejutan mengadakan PRK sebaik tamat cuti Aidil adha untuk mengelakkan persediaan di peringkat mahasiswa.
Jumlah Kerusi Yang Dimenangi GMUKM PRK Lalu Dikurangkan |
Peraturan (10) tidak relevan kerana JPPEL tidak pernah
mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar kepada
calon yang ingin bertanding sehingga kini.
|
Sedangkan USIM boleh membuat pengumuman
lebih awal seminggu sebelum daripada ini walaupun tarikh membuang undi berbeza sehari
dengan UKM dalam masa UIAM sudah membuat pengumuman rasmi walaupun membuang undi
hanya pada 30 Oktober nanti.
Bahkan, apa yang lebih zalim dalam peraturan
kali ini JPPEL tidak pernah mengadakan kursus kepimpinan pelajar sedangkan setiap
calon yang ingin bertanding mesti menampilkan sijil daripada program ini.
Kita bukan tak tahu Aspirasi Mahasiswa
turun Kursus Penampilan Kepimpinan Siri II hujung minggu lepas.
Melihatkan jumlah kerusi tahun 1/2
yang dikekalkan sementara kerusi tahun 3/4
dikurangkan juga merupakan strategi ampuh kononnya kerana keyakinan mereka
terhadap penguasaan freshie dan adik-adik tahun 1.
Pelajar-pelajar ‘senior’ yang kekal sebagai
pengundi GMUKM bagi 2 sesi berturut-turut sesi lepas tiada jalan bagi mereka untuk
menyekat melainkan dengan pengurangan terhadap jumlah kerusi 3/4.
Inilah proses pilihanraya yang paling
dangkal dan senget di dalam sejarah PRK UKM.
Namun kita tahu Aspirasi terpaksa bergantung kepada sistem berat sebelah
ini sebagai talian hayat terakhir mereka.
Semoga berjaya kepada Aspirasi dan
HEP di atas konspirasi kali ini!
Abdullah Sani Bin Hashim
PENGERUSI GMUKM,
SESI 2013/2014
Abdullah Sani Bin Hashim
PENGERUSI GMUKM,
SESI 2013/2014
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
1 comments:
mengapa Aspirasi UKM semakin terdesak melakukan perkara2 yang mendedahkan kejahilan mereka?Zaman saya sebagai mahasiswa UKM sesi 2008-2011, kami semua dimomokkan dengan dakyah2 dangkal Aspirasi UKM. Memang tidak relevan langsung. Yang paling menyedihkan apabila pesta konvokesyen ke-39 pada 2011 sangat hambar sehinggakan saya rasa inikah UKM yang pernah saya duduki dahulu..harapan saya selepas ini biarlah menang dengan cara berhemah bukan dengan mengotorkan tangan melakukan perkara2 yang akan membuka pekung di dada masing2..hidup GM!!!
Post a Comment