SHAH ALAM - Mahasiswa hanya mahu melihat kelahiran politik intelektual, bukannya politik konfrontasi, demikian kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.
Sambil menyifatkan mahasiswa tidak diberi kepercayaan yang sewajarnya, Azan berkata, mereka akan bangkit sekiranya terus dikongkong.
"Kita sebenarnya tidak beri kepercayaan kepada mahasiswa, kita anggap mereka lemah.
Tambah Azan, "kita kena lihat sifat dan jiwa mahasiswa, saya beri analogi yang senang, seekor harimau yang garang dalam sarkas dan diberikan latihan pada peringkat permulaan, ia memang susah untuk dijinakkan."
"Tetapi, selepas 20 tahun 30 tahun, Harimau itu sendiri tidak akan lari kerana takut dengan tuannya," ujar Azan.
Dalam pada itu, Azan turut menyifatkan mahasiswa umpama harimau kerana kalau sampai masanya mereka akan mengaum.
"Mereka akan bangkit jika lama dikongkong kerana orang muda mahukan kebebasan. Kita boleh lihat dalam isu Auku," jelasnya.
Pada masa yang sama, Azan menegaskan, mahasiswa sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang peranan mereka dalam politik.
"Rasa cakna kepada politik sangat lemah, kita seharusnya tahu bahawa politik merupakan sebahagian daripada akademik.
"Sehubungan itu, kita harus tahu dan mengambil tahu mengenai politik," jelas beliau yang menambah, "kita perlu betulkan semula sistem pendidikan, bukannya Auku."
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment