Aspirasi Tidak Sedar Diri.
Ya, begitulah istilah yang dapat
kita berikan kepada Aspirasi a.k.a UMNO Kampus atas beberapa tindakan mereka untuk
kembali diterima oleh warga kampus.
Bermula dengan isu penukaran nama PMUKM kepada MPPUKM, sehingga
kepada peristiwa penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) baru-baru ini. Jika
bukan kerana Aspirasi Anak Emas UMNO Kampus, mereka pasti tidak ada sebab untuk
diundang bergambar bersama di hadapan. ‘Masuk bakul angkat sendiri’, ibarat
mengaku mereka satu-satunya kepimpinan pelajar yang diiktiraf oleh warga
kampus.
Siapakah Kelab Aspirasi jika hendak dibandingkan dengan YDP
Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF)??? sedangkan baucer buku akhirnya tetap diedar
melalui saluran fakulti, sepatutnya YDP PMF perlu mendapat pengormatan dan
pengiktirafan yang besar berbanding Kelab Aspirasi. Tiba-Tiba sahaja Kelab
Aspirasi menjadi pilihan Pihak Pentadbiran.
Buat pengetahuan rakan-rakan mahasiswa, isu penukaran nama PMUKM ini
bermula pada hari perlantikan 4 jawatan utama dalam PMUKM seperti Speaker,
Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong.
Namun, jika kita lihat situasi semasa, penggerak GMUKM terus menerus
memberikan penerangan kepada rakan-rakan mahasiswa mengenai nilai yang ada pada
nama tersebut. Kita mempertahankan bukan atas dasar gila kuasa seperti yang
didakwa oleh penggerak UMNO Kampus (Aspirasi). Malah, GMUKM kenal siapa
sebenarnya UMNO Kampus (Aspirasi) ini daripada dahulu, begitu licik dalam
pergerakan mereka.
MEP Vs MPP
Dalam pada itu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i atau lebih dikenali
dengan nama JAKSA turut menerima angin perubahan, ditukar kepada Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP). GMUKM juga pernah memberikan pandangan & cadangan
agar “JAKSA Perlu Kaji Semula Fungsi JAKSA”. Tidak sangka sehingga ke peringkat nama
berubah.
Apa yang menarik? JAKSA boleh dikatakan sebagai ‘fix deposit’ kepada
Aspirasi sekiranya mereka kalah dalam pertembungan pemilihan pemimpin dalam
PMUKM. Oleh kerana ‘fix deposit’ ini, mereka dilihat ingin mencetuskan
perubahan terhadap suasana politik kampus. Sudah setahun mereka ‘tidur dengan
berselimut tebal’ pada awal kebangkitan GMUKM dalam arena politik kampus.
Mereka tetap kalah, disebabkan rakan-rakan mahasiswa sedar bahawa
GMUKM adalah calon daripada mahasiswa, bukan calon sistem yang ditentukan
nasibnya oleh UMNO Kampus. UMNO kampus (Aspirasi) sudah tidak relevan dalam
kalangan warga kampus UKM.
Tidak semua JAKSA itu Aspirasi.
GMUKM tidak pernah memaksa rakan-rakan mahasiswa memberikan sokongan
kepada kami. Kita juga ada rakan-rakan yang condong kepada GMUKM. Jelas,
pilihan mereka pada PRK yang lepas memberikan signal agar UMNO kampus
(Aspirasi) sudah terkubur di hati mahasiswa, beri laluan kepada “The Real
Government”. Namun, setelah diberikan mandat, terdapat pula halangan lain yang
perlu ditempuhi oleh barisan kepimpinan PMUKM.
MEP tetap dilihat sebagai ‘fix deposit’ Aspirasi, malah agenda ini
akan berterusan untuk melihat MEP mampu bersaing dengan PMUKM. Sekiranya MEP
ini mampu menunjukkan kekuatan dan peroleh sokongan daripada mahasiswa,
Aspirasi yakin mampu untuk kembali mendominasi pada PRK akan datang. Mungkin
juga penukaran nama JAKSA kepada MEP adalah satu usaha menidak relevankan PMUKM
di hati mahasiswa.
GMUKM mengakui UMNO Kampus (Aspirasi) hari ini tidak seperti setahun
yang lepas. Mereka sedar akan kesalahan mereka berdiam diri selama setahun
serta percanggahan pendapat yang wujud dalam kalangan ahli mereka. Bila diajak
berdebat, mereka menjadi pemutar belit yang handal dengan menukar topik.
Keberanian mereka terselah di laman sosial, tetapi bukan di dunia realiti. GMUKM
akan pastikan UMNO Kampus (Aspirasi) akan terkubur buat selama-lamanya. Ini
kerana mereka sudah tidak relevan di hati warga kampus.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment