Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 21, 2013

Pengerusi GMUKM : PMUKM Perlu Bersama Pentadbiran

Pengerusi GMUKM 2013-2014
Saya memberi saranan kepada rakan-rakan PMUKM 13/14 yang baru, selaku Majlis Perwakilan pelajar untuk bersama - sama dengan pentadbiran UKM dalam merealisasikan " Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan ". Walaupun sebelum pada ini, kita adalah gerakan politik pelajar Gabungan Mahasiswa Ukm yang sedikit agresif menentang kezaliman dan penipuan oleh mana-mana pihak termasuklah Hal Ehwal Pelajar UKM. Namun, sekarang kita adalah sebuah kerajaan pelajar.

Sebagai sebuah kerajaan pelajar, hendaklah kita bersama-sama dengan pentadbiran UKM dalam menjayakan visi dan misi Universiti ini. Kita haruslah bermentaliti kerajaan, bukan lagi pembangkang. Jika ada sebarang permasalahan, berundinglah dengan baik dengan pihak pentadbiran UKM. Dalam isu perlantikan watikah rasmi MPP, berunding dahulu dengan baik mengapakah mereka menundanya. walhal, sepatutnya mereka memberikan alasan kukuh mengapa menundanya. Kita menerimanya andai ada sebarang masalah, cuma hendaklah berserta alasan kukuh. Saya yakin, mereka sangat menyayangi universiti ini kecuali jika ada yang pening-pening Mabuk UMNO.

Kakitangan pentadbiran yang Mabuk UMNO ini jika tidak mahu berbincang dengan baik, Maka penilaian gerakan agresif barulah perlu dilaksanakan. Tidak cukup lagikah dengan memperbodohkan rakyat Malaysia, dengan Kenaikan harga gula untuk elak kencing manis, bahkan mereka terus membeban dan menjahanamkan negara dengan pelbagai perlaksaan bodoh yang tanpa kajian dan sebab-sebab yang kukuh. Jangan sesekali mereka berani memperbodohkan mahasiswa pula, kerana sudah tentu kita akan tentang mereka sampai rebah.

Saya percaya, mereka yang dilantik untuk menjadi pentadbiran utama UKM adalah kalangan cendiakawan yang mempunyai kedudukan professor, Doktor dan ahli akademik yang memberi khidmat untuk memberi kebaikan kepada pelajar dan Universiti. Jika ada pentadbiran yang mabuk UMNO ini, laksanakan tindakan pembantahan sebaik mungkin, kalau boleh elakkan mengaibkan Universiti kita ini.

Prospektus Moving Forward yang digariskan seawal pilihanraya kampus yang lalu, kini dibawa dalam pembawakan PMUKM sesi kali ini, haruskan dinilai dan disambut baik oleh pentadbiran Universiti dan pelajar UKM. Ianya adalah idea solid pelajar untuk kebaikan Universiti.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak dalam Universiti ini memainkan peranan masing-masing dalam menjulang nama Universiti Kebangsaan Malaysia di persada tanah air. Jangan ada yang terkena Mabuk UMNO. PMUKM pula, berkolaborasi dengan baik dangan pentadbiran UKM dalam menjayakan Visi, Misi, Pelan Transformasi UKM dan Prospektus Moving Forward. Percayalah, semua ini adalah untuk kebaikan mahasiswa, pentadbiran, nama UKM dan demi Malaysia tanah air kita hari ini.

Abdullah Sani Bin Hashim 
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM 
Sesi 2013/2014 
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !