Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) hari ini menggesa mahasiswa memboikot program forum anjuran UMNO Serdang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pagi ini.
Tindakan boikot membabitkan kira-kira 20 ribu lebih mahasiswa UKM adalah kerana persetujuan dengan pihak pentadbiran UKM dan juga mengelakkan mereka daripada dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2008.
" Mahasiswa UKM perlu sedar bahawa ‘kesucian’ varsiti kita telah dicemari dengan budaya politik sempit yang membebankan akibat penganjuran forum ini," kata Pengerusi GMUKM, Hisyamuddin Che Ali mengulas mengenai forum bertajuk "Mengangkat Martabat Bangsa" anjuran UMNO Serdang.
Dalam kenyataan medianya, Hisyamuddin berkata, tindakan memboikot tersebut bukannya bersikap anti UMNO tetapi adalah kerana ingin menjaga nama baik UKM daripada dilabelkan sebagai medan politik UMNO.
"Tak salah buat program intelektual, tapi jangan guna lambang parti politik kerana ia mencemarkan Universiti," katanya.
Tinjuan wartawan GMUKM hari ini melihat banyak bendera UMNO dipasang di sepanjang laluan ke UKM dan juga di dalam DECTAR sendiri.
Beliau turut berkata bahawa sepatutnya UMNO menggunakan hotel-hotel mewah atau balai raya di sekitar Bangi dan bukannya menggunakan mana-mana tempat di UKM.
"Dia (UMNO) sebenarnya mempunyai hidden agenda (agenda sulit). Kalau tak nak jemput mahasiswa, kenapa perlu buat di dalam UKM?" soal Hisyamuddin.
“ Kami bukannya bersikap pembangkang seperti Pakatan Rakyat tertapi jika PR juga buat program kepartian di UKM juga, kami akan bantah."Hisyamuddin berkata apabila ditanya tentang bantahan ini di dalangi oleh PR terutamanya PAS Bangi.
"Bukan kami halang pemimpin parti politik masuk ke kampus kerana itu yang kami perjuangkan sebelum ini kerana kami tidak mahu parti politik pengaruhi mahasiswa terutamanya politik perkauman, biarlah mahasiswa berfikir melalui wacana ilmiah yang dihadiri oleh wakil-wakil parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang", ujarnya yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kerusi UMUM.
Mengulas isu mengenai AUKU yang boleh dikenakan kepada mahasiswa, beliau yang juga pelajar undang-undang menyatakan bahawa akta itu boleh dikenakan kepada mahasiswa yang hadir ke program UMNO itu.
“ Seksyen 8 (5)(a) AUKU Pindaan 2008 jelas melarang pelajar terlibat dalam aktiviti politik luar dalam Universiti serta menyatakan sokongan kepada parti politik dan mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti peruntukkan Seksyen 9(a) AUKU Pindaan 2008 yang boleh membawa kepada pengangtungan atau dipecat daripada universiti”
“ Lainlah kalau ia dilakukan di luar kampus, mahasiswa akan diadili oleh undang-undang negara tetapi perlembagaan kita membenarkan mahasiswa berpolitik, kalau tidak takkanlah mahasiswa dibenarkan menyatakan sokongan politik kepada parti masing-masing dalam mana-mana pilihanraya,” ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung penafian oleh Abd Halim Musa, Setiausaha kerja UMNO Serdang dan penasihat Kelab Aspirasi UKM Sarfarizmal Md Saad berhubung dakwaan GMUKM bahawa penganjuran program tersebut melibatkan kelab Aspirasit seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, beliau menyatakan pihaknya mempunyai bukti kukuh.
“ GMUKM ada bukti kukuh tentang ini dan akan membuat dua laporan polis hari ini membabitkan UMNO Serdang dan Kelab Aspirasi serta bersedia menghadapi mereka di mahkamah tentang isu ini,” ujarnya.
Hisyamuddin juga tidak menolak kemungkinan bahawa mereka akan diberi tekanan oleh pihak tertentu dalam isu kontroversi ini dan berkata pihaknya bersedia menghadapi sesiapa sahaja demi kesucian UKM dan keadilan buat mahasiswa.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
20 comments:
gm tolg siast siapa dlg yg bw umngok masuk. Ak x rela ukm dibuat bgini
kalo ade bukti kukuh, wat je laporan polis.. tapi kalau tersilap tuduh, malu diri sendiri.. saya tunggu perkembangan dari anda.
bagus la nak tolak politik ni, tp patutnye tolak la sume, ni tolak umno je, yg PKR punye bley plak tolong promote, da nampak berat sebelah di situ... nape? jage periuk nasik ke?
anon 3
mane yg promote pkr?
ad pkr wat forum ngn panggil 1st yr ke paksa dtg?
sila buktikan
ko pun sengal gak eh? mmg la pkr x buat forum tapi yang korang gatal2 g sokong gerakan mansur ISA tu nak wtpe? tu xnampak mcm sokong ke?
uikh... yg perhimpunan mansuhkan isa tu sah2 PKR punyer, x caye, bace harakah isu lepas... hilang respect dah kat GM, sah2 le tali barut PKR...
tu la, dak2 gm ngat boleh klentong gaknyer, kebanyakan dak skang ni ley hidu tembelang gm da...
bodoh la siswa ukm ni.. sokong mansuh isa bukan be erti sokong ppkr.. sokong dgn hujah2 ilmiah mahasiswa.. so kalo pmukm sokong majlis ni,makne nyer,pmukm sokong umno la??? btol x???
anon2 asp yg totok umno
itu bukan kias
itu pukul rata namanya
bangang cara tu
sila bagi hujah
malas bgtau byk kali
ceh.. dia cakap siswaUKM bodoh??? mmg pn..sbb 2 kami masuk ukm. nak blaja.
tapi x la sebodoh sesetengah orang. dah kata perhimpunan 2 diHARAMkan, yang g jugak buat ape?? ke GMUKM ni suka langgar undang2?? nak jadi samseng? x ke bodoh namenye 2. pas2 bising, pihak polis x bertamadun. dah anda yang berhimpun ramai2 2 ade macam org yg bertamadun ke? menyusahkan org ramai. kalau mahasiswa yang g ikot protes 2, dasar bodoh lah mereka. senang sangat dipergunakan.
dah kalo tersepit.. cara itu je yg ada untuk suarajkan niat mereka 2.. kalo polis x kaco.. duk diam2 je.. x kan bergaduh la..sape yg bodoh ni?? nak wat perhimp[unan aman x bg.. pastu timbulkan kekecohan plak 2.. kalo diorang x wat perhimpunan ni.. satu malaysia x tau la ape 2 ISA... maksud aku.. x terpikir la knpe perlu tentang ISA.. btol x??? tindakan mereka ni menyebabkan korang ,siswa2 ukm perlu pikir.. ape itu keadilan.. ADIL....
undang2 mane nk ikut ni?
undang2 manusia ke undang2 Tuhan?
Kalo salah sila bicarakan
yg salah bila tahan tal dibicarakan
sejahat-jahat slobodan milosevic tu pun dibicarakan
ap yg nak tkut lg?
Hak tentukan adil ni nak ikut kiraan manusia ke nak ikut kiraan Tuhan?
Mula2 kutuk Guantanamao...tgkap org yg tak tentu salahnya ke tak
Yg Kamunting tu x nak pulak kutuk
pooodahhh!!!!
Sila beri hujah anda
tak perlu main sentimen laaa
kate mahasiswa
tang mane tunjuk kemahasiswaan bile demo??? tang mane??? x nampak plak... terang2 lagi nyata perhimpunan tu PKR yg anjurkan... bace harakah @ suara keadilan la nak tau, yg tali barut tu rase sumer yg tau, yg mengikut ni bace la harakah @ suara keadilan keluaran lepas... pastu cube pikir...
hujah ikut sentimen... yg buat post nie dah buat hujah ikut sentimen die senri hahaha peliklah mmg dasar penjilat...
Wahai ahli2 GMUKM yang agak xbertamadun..
utk pengetahuan korang
Aspirasi X ajurkan pun forum dengan UMNO tu..
ada dalang yang cuba nak jatuhkan aspirasi dgn menggunakan nama aspirasi kat poster yang ditampal kat setiap fakulti tu..
kalau korang bangsa pemikir tentu korang perasan bahawa kat kain rentang UMno kat jalan nak masuk UKM xde pun letak nama ASPIRASI tapi FLYERS yang diedarkan ada plak nama aspirasi ek??
lagi satu korang mesti perasan tajuk forum tu MENGANGKAT MARTABAT BANGSA bkn JGN BERANI CABAR MELAYU yang ada kt FLYERS yg dsebarkan tu..
fikir2kan lah wahai mahasiswa2 harapan bangsa..
kita yang mencipta harapan dan mengilhamkan masa depan masyarakat kita..
dh2...x yah gaduh...islam x ajar pon kite gaduh...pasal isa...cube la bwk berbincang...x yah buat demo...ikut saluran yg betul...cube tengok...mase berhimpon tu bangsa mne yg paling rmai???dh la...ni negara kita...Allah dh letak kan tggungjwb atas bahu kite sume sebagai pemimpin di muke bumi ni...kalo khalifah kite salah tegur...tp dengan care berhikmah...sume manusia buat silap...jgan gaduh lg yea...wat pe gaduh sesame melayu...nnt kite y rugi...bangsa lain untung sbb kite bergaduh...pikir2 kan lah...
lol, dr gunekan kelab, wat demo x tentu hala, bek la kite memartabatkan bangsa kita... ni ckp luar dr universiti la... aku tgk byk bdk2( myb anak yatim) yg menjual kismis kat kawasan sogo... byk lg la tempat, dan semua mereka adalah melayu, islam... kenapa x kita sebagai mahasiswa tolong mereka? kita ader kelab penyanyang, byk lg kelab... so lebih baek kiter berbakti kepada masyarakat yang susah, berbanding menolong, ahli2 politik... salam...
politik umno?dah korang sendiri dapat sumber duit pun dr pas!!macam la aku tak tahu sem lepas korang mintak satu org jadi wakil korang,korang sogok beribu2,bkan ke rasuah namanya..kate je memegang martabat islam.kadang2 tu,mulut ad,jaga,lidah ada cakap benda yg baik,jujur,jangan menipu.kerajaan bagi ptptn,jpa utk korang blajar,kolej untuk tempat tinggal,tapi ini yang korang balas.tak payahla mengaku korang rakyat malaysia.ngakula korang negara lain.rusuhan dan demonstrasi bukan ibadat,tapi dosa.perkara yg membuatkan satu ukm tak dapat kerja mcm perkara yg blaku 10thn lepas.sbb rusuhan korang,sume graduasi ukm tak dapat keje.menyusahkan org!!
ek eleh anon pro umno ni...memg genetik stupid aspirasi. bodo yg umno jual 40 000 ekar tnh kt mca kt perak x nak bising plak
bodo piang pny anon2
setuju2
umno bukan nak tolong melayu
tapi nak tolong UMNOPUTERA
memg hampeh genetik ni
Post a Comment