KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menggesa sesiapa individu termasuk mahasiswa yang mempunyai simptom Influenza A (H1N1) ringan supaya tidak mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah atau menggunakan perkhidmatan awam untuk mengelakkan penularan virus itu di kalangan masyarakat.
Antara simpton H1N1 ringan ialah batuk, selesema, demam, sakit kerongkong, lemah tubuh badan, kebas kaki dan tangan serta sakit kepala.
Kenyataan ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican,yang berkata dengan jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 59 orang termasuk tiga kematian terbaru, beliau berkata individu itu sepatutnya sedar akan tanggungjawab untuk menghindarkan diri daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai.
"Walaupun sering diingatkan tentang risiko jika individu mempunyai simptom H1N1 berkunjung ke tempat awam, namun kementerian mendapati amalan itu masih dilakukan malah ada di antara mereka yang tidak memakai topeng hidung dan mulut.
" Sepatutnya mereka tidak melakukan amalan itu kerana perbuatan itu boleh meningkatkan penularan jangkitan virus H1N1 sama ada melalui batuk atau bersin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai gejala influenza untuk berada di rumah dan bagi mahasiswa di Kolej Kediaman sehingga disahkan sihat. Dan mereka digalakkan untuk tidak mengunjungi tempat awam termasuk tempat program, juga tidak menggunakan perkhidmatan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja, atau kuliah. GMUKM menyambut baik saranan menteri ini dan meminta mahasiswa lebih banyak duduk di bilik berbanding menghadiri sesuatu majlis yang melibatkan orang ramai - Bernama
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
7 comments:
ok pasni kt xya g demo huhuhu
da ckp... yg g demo ritu ade simptom x?
demo2 demolah..pakai topeng.apa susah...
fwd mesj:salam .skrg mangsa selsema babi H1N1 menceccah 45 org sejak semalam yg dah meninggal dunia.so kita kene serius cegah bukan merawat.Antibodi bdn kita hendaklah mengikut amaran perubatan yang dirahsiakanoleh bangsa lain; memakan bawang putih sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah untk antibodi terbaik mencegah penularan ini.sebarkan kepada org tersayang .kita tak tau mangsa seterusnya (gula-gula arab) ^-^
korg g demo ritu kai topeng x? yg kai topeng pun masih berisiko...
Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..
Feewiittt..
Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..
Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...
Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…
Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..
Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D
Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..
Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...
Selamat beramal Semua...
Post a Comment