Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 5, 2011

Berita gembira di awal 2011 : HC ganti HX





TAHNIAH kepada semua aktivis, pejuang dan pecinta demokrasi kampus kerana di atas usaha kalian yang bersungguh-sungguh membawakan isu Subjek HHHX Pengenalan Ko-Kurikulum sehingga akhirnya berjaya menyebabkan pihak pentadbiran menyemak kembali dan memansuhkan sistem ini.

Usaha yang konsisten dan dibawa oleh sekumpulan mahasiswa tahun 1 yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mansuh HX/HE (GERAM) jelas membuktikan bahawa hak kebebasan suara mahasiswa tidak memandang pangkat mahupun senioriti. Apa yang lebih penting adalah ketepatan fakta dan kepentingan isu yang dibawa.

Gabungan Mahasiswa memuji langkah dan tindakan yang berterusan yang diambil oleh kumpulan GERAM dan rakan-rakan mahasiswa tahun 1 yang berani menyuarakan permasalahan mereka di saat beberapa orang yang berkuasa di PMUKM yang mempunyai akses terus dengan pihak pentadbiran membisu dan enggan bertindak.

Ini jelas mengecewakan hati-hati pengundi yang dahulu mengundi mereka di dalam PRK lepas. Padahal semasa menjadi calon, pelbagai janji manis dikemukakan; sehinggakan kalau boleh kita istilahkan sebagai 'janji bulan-bintang'. Sudahlah begitu, berlaku ugutan pula di beberapa buah kolej oleh beberapa orang yang kononnya 'mastermind' kumpulan mereka.

Hari ini, 5 Januari 2011 secara jelas kita menyaksikan tiada keperluan untuk kita menjadi mahasiswa yang sekadar mengikut sesuatu sistem. Kita perlu bersikap kritikal dalam memahami sesuatu isu atau permasalahan. Hari ini, dengan secara rasminya subjek HX yang 'tidak siap silibus' itu telah berjaya 'dicantas' oleh satu gerakan mahasiswa tahun 1. Subjek HX yang dikatakan amat relevan dan berguna kepada mahasiswa kontemporari ini jelas diakui lemah oleh pihak pengurusan universiti dengan silibusnya 'hanya berada di dalam otak sesetengah orang di PPP' sahaja.

Apa yang diharapkan, di tahun baru ini pihak pentadbiran universiti akan bersifat lebih mesra mahasiswa. Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan tuntutan-tuntutan kami kerana kami jelas hanya mahukan keadilan dan peluang kepada mahasiswa bersuara sahaja. Jangan mandulkan idealisme kami!

Dan kepada Prof Dato Ir Dr Hassan Basri, biarpun ramai lagi di kalangan rakan-rakan kami selaku YDP PMF tidak dijemput, tetapi sekurang-kurangnya penerangan dan jaminan daripada Dato semalam amat menggembirakan kami di peringkat pimpinan mahasiswa. Apa yang lebih penting, kita mengharapkan akan wujud kebersamaan di dalam badan-badan persatuan mahasiswa sama ada di peringkat kolej, fakulti mahupun persatuan-persatuan berdaftar lain. Apalah kiranya sekiranya semua pimpinan mahasiswa ini dijemput bersama menghadiri persidangan dan taklimat-taklimat sebegini sebagai salah satu ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk bersuara.

SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !