Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 5, 2011

Tahniah Prof Ir Dr Hassan Basri

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada Prof Dato' Ir. Dr Hassan Basri selaku Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) di atas sifat keterbukaan beliau menangani permasalahan mahasiswa khususnya berkenaan isu ko-kurikulum yang baru dalam taklimat Ko-Kurikulum semalam.

Untuk rekod, semalam diadakan Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran di Bilik Senat yang dihadiri MPP dan JAKSA Kolej Kediaman. Di dalam taklimat tersebut disebut pada tanggal 2 Disember 2010 juga secara rasmi berlaku penstrukturan semula oleh Lembaga Pengarah UKM (LPU) yang memindahkan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) di bawah TNC Akademik & Antarabangsa dan mewujudkan sistem pengiktirafan aktiviti mahasiswa di bawah PPP. Selain itu, sistem SPKG dan HX/HE sekarang akan digantikan dengan subjek HHHC9118 Ko-Kurikulum.

MPP Fakulti Pendidikan Tahun 1/2, saudara Wan Ahmad Fahmi ketika ditemui gembira dengan keterbukaan pihak pentadbiran mendengar luahan dari sisi pandang mahasiswa

"Ini merupakan kali pertama pihak pentadbiran bersikap terbuka dalam melaksanakan satu sistem kepada pelajar (berbanding) sebelum ini.

"Dalam isu sebelum ini (SPKG,HX dan HE) yang kita Gabungan Mahasiswa bangkitkan, pihak pentadbiran tidak pernah memanggil wakil mahasiswa untuk duduk berbincang (sekali). Ini jelas menafikan hak mahasiswa untuk bersuara.

"Justeru kita memuji sikap Dato Hassan yang memahami situasi mahasiswa kini. Diharapkan pihak pentadbiran mengikut jejak langkah Dato' Hassan, (dan) tiada birokrasi dan perkara-perkara remeh dibesar-besarkan.

Untuk makluman, satu Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran yang bakal diadakan seperti butiran berikut :

1) Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN
Ahli : Mahasiswa Tahun 1, KKL

2) Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DECTAR
Ahli : Mahasiswa Tahun 1 Kampus Bangi

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan perlaksanaan ko-kurikulum berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran. Semua pelajar tahun 1 adalah diwajibkan hadir.

Maklumat awal yang diperolehi, sistem yang bakal menggantikan sistem terdahulu lebih berbentuk self-driven (pandu kendiri) dan bergantung prestasi mahasiswa. Ia juga memberi kebebasan kepada mahasiswa memilih jenis aktiviti dan digalakkan untuk buat program di luar waktu semester.

Dan berita yang lebih menggembirakan adalah Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) dan subjek HX dihapuskan manakala subjek HE masih diteruskan,tetapi mahasiswa bagi tahun 1 dan 2 boleh tukar taraf kursus untuk mengambil subjek ini.

Di peringkat Gabungan Mahasiswa melalui wakil kita di Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) amat-amat mengalu-alukan perubahan ini. Ini juga jelas membuktikan SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !