Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, April 22, 2011

MPMUKM : Makluman Terkini Pendaftaran Kursus Semester 3(b) Sesi Akademik 2010-2011

Makluman terkini daripada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) buat semua pelajar program Ijazah Pertama (Sarjana Muda) UKM berkenaan pendaftaran Semester 3(b) Sesi Akademik 2010-2011 .

Dengan merujuk Pekeliling Akademik Bil.11/2011 yang terbaru dikeluarkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Akademik bertarikh 11 April 2011, pihak PMUKM ingin memaklumkan bahawa secara umumnya penawaran kursus-kursus tersebut hanya membabitkan Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP), Fakulti Pendidikan (FPend) dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB). Kursus-kursus yang ditawarkan pula membabitkan (i) Kursus Tanpa Kuliah (bersifat projek/kontrak pembelajaran) dan (ii) Kursus Elektif.


Jadual dan maklumat pendaftaran kursus-kursus tersebut adalah seperti dilampirkan.


Untuk makluman, rakan-rakan mahasiswa yang berada dalam kategori Lulus Bersyarat (LB) pada semester 1 Sesi Akademik 2010-2011 dinasihatkan tidak mendaftar kursus pada Semester 3(b) ini;

Syarat-syarat pendaftaran Semester 3(b) adalah seperti berikut;
i.    Pendaftaran untuk Semester 3(b) Sesi Akademik 2010-2011 adalah pilihan
ii.   Pelajar dibenarkan mengambil tidak melebihi tiga (3) kursus sahaja
iii.  Pelajar tidak dibenarkan membuat penambahan dan pengguguran kursus selepas Semester 3(b) bermula
iv.  Penarikan diri daripada kursus boleh dilakukan sehingga minggu ke-5 perkuliahan iaitu sehingga 7 Ogos 2011 dan akan diberi gred TD
v.   Permohonan untuk tidak mengikuti Semester 3(b) bagi pelajar yang telah mendaftar kursus pada minggu pendaftaran hendaklah dibuat secara rasmi kepada Timbalan Pendaftar (Akademik) setelah disokong oleh Dekan Fakulti sebelum 17 Julai 2011 untuk mendapat pelepasan yuran. Permohonan selepas tarikh tersebut akan dikiran menarik diri daripada kursus dan diberi gred TD
vi.  Tempoh pengajian Semester 3(b) tidak diambilkira bagi menentukan tempoh maksimum yang dibenarkan untuk keperluan ijazah
vii.  Kursus yang kurang daripada sepuluh (10) orang pelajar akan dibatalkan dan pelajar diminta mendaftar kursus pada semester berikutnya
viii. Bayaran denda RM 15 akan dikenakan jika lewat mendaftar kursus
ix.  Semasa pendaftaran pelajar hanya perlu memilih butang Pendaftaran Kursus Semasa. Pelajar perlu memastikan pendaftaran kursus dibuat pada Semester 4 (iaitu bersamaan dengan Semester 3(b).

* Jika menghadapi sebarang masalah mengenai perkara di atas, sila emailkan kepada smpweb@pknet.cc.ukm.my atau akad@pkrisc.cc.ukm.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian Pengurusan Akademik / Fakulti untuk tindakan selanjutnya. 

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !