Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudahpun berada pada minggu terakhir Ramadhan. Maka sepuluh terakhir Ramadhan ini adalah masa yang cukup bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua sebagai insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, kerana masa yang terakhir inilah yang akan menentukan samada puasa kita ini mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan selama ini.
Merdeka & Ramadhan
Saban tahun pada 31 Ogos negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Setiap kali sambutan ini diadakan maka terbayanglah di fikiran kita bagaimana penjajah yang silih berganti menjajah negara kita selama kurang lebih 500 tahun.
Apa yang menarik pada kali ini adalah Ramadhan disambut serentak dalam bulan Kemerdekaan. Menariknya Ramadhan itu dikaitkan dengan pengisian dan makna sebenar kemerdekaan. Fasa terakhir Ramadhan itu sendiri adalah fasa ‘kemerdekaan’, jika diisi dengan pengisian ketakwaan yang bersungguh-sungguh,
Persoalan besar pada hari ini adakah kita sebenarnya sudah merdeka? Adakah sekadar kita lepas bebas ataupun tidak lagi dijajah oleh kuasa barat seperti sebelum ini, ataupun kerana kita telah mencapai kemajuan seperti yang kita alami sekarang, kita dikatakan sudah merdeka?.