Kepada mahasiswa/i UKM sekalian, email kami telah menerima email ini daripada seorang siswi UKM pada 6 Oktober lalu. Dilampirkan testimoni mahasiswi tersebut untuk renungan dan muhasabah kita semua akan perilaku MPP Aspirasi yang gagal menunaikan amanah yang dipegang mereka.
Salam Pilihan Raya Kampus,
TAMBANG TEKSI YANG TIDAK BERPATUTAN
Saya dan sahabat- sahabat Fakulti Ekonomi dan Perniagaan yang lain meniggalkan kampus untuk pulang berhari raya pada 29 hb September 2008. Oleh kerana, kekurangan pengangkutan awam di UKM kami mengambil teksi untuk ke Komuter. Apa yang mengejutkan ialah sepatutnya, tambang dr Keris Mas ke komuter adalah RM5 namun tambang naik kepada RM10. Alasan yang diberikan oleh pemandu teksi adalah 'Harga hari raya'...Itu untuk kolej yang paling dekat dengan stesen komuter untuk lain2 kolej saya xpasti lebih2 lagi kolej Zaaba.
Sama juga pada tarikh 4 syawal 1429H(pulang ke UKM), untuk teksi masuk ke Keris Mas juga RM10 dengan alasan yang sama. Kalau dikira pemandu teksi memang mengaut keuntungan yang berlebihan dan ini jelas membebankan pelajar. Saya tidak pasti adakah PMUKM sedia ada sedar betapa pentingnya pemantauan harga tambang teksi yang semakin hari semakin 'cekik darah'.
Saya tidak pasti ini isu/luahan pendapat/ luahan rasa dan lain- lain. hanya sekadar berkongsi utk pengetahuan semasa kampus. Wallahualam.
Ika,
Mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
* GMUKM menyatakan terkilan kerana isu ini tidak diambil tindakan oleh PMUKM sekarang. Adakah PMUKM- Aspirasi sedar akan berlakunya senario ini. Diharap para mahasiswa/I UKM melakukan perubahan pada PRK kali ini. Jangan biarkan anda terus dipimpin oleh pemimpin Aspirasi yang secara rekodnya, gagal memimpin dan gagal menjaga kebajikan mahasiswa terutama mahasiswi di kampus kita.
Kemaskini 4:40pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.
Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.
Abdullah pada awalnya dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.
Mesyuarat BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.
Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat -selama lima tahun lima bulan.
Perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah telah berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.
Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.
Sementara itu, sekumpulan orang Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, tempat berlangsung mesyuarat berkenaan.
Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.
Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.
Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.
PM not contesting, to quit in March Oct 8, 08
4:39pm Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has decided not to defend his Umno president post and will quit in March next year when the ruling party meets at its annual general assembly. – Malaysiakini.com
GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM. (i) Kebajikan mahasiswa (ii) Keilmuan & Keintelektualan (iii) Penghayatan Falsafah UKM (iv) Pengantarabangsaan