Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 6, 2010

PMFST berbahaya ???

 
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pemudah Cara (PC) Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang sengaja mencetuskan isu dengan merampas 'booklet' Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) yang diletakkan bersama buku penilaian generik, kad mentor di dalam beg pemberian pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi UKM.

Tindakan provokatif yang sengaja diada-adakan itu beralasan PMFST adalah 'pro-pembangkang' dan 'berbahaya' kepada mahasiswa-mahasiswa baru Fakulti Sains & Teknologi. Namun sekiranya diteliti, tindakan PC ini seolah-olah mencabar pentadbiran fakulti dan jelas sekali tidak menghormati warga pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi.

Untuk makluman, 'booklet' Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Teknologi (PMFST) diletakkan bersama buku penilaian generik, kad mentor di dalam beg pemberian pentadbiran FST  yang mengandungi maklumat-maklumat berkenaan fakulti dan pelan sekitar UKM. Kandungan booklet itu juga merupakan siri pertama pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST yang mana penasihat persatuan tersebut adalah Timbalan Dekan FST sendiri iaitu Prof. Sahrim B Ahmad 

GMUKM melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki ini sebagai tindakan tidak profesional dan keanak-anakan serta terlalu mengongkong mahasiswa baru dan mempunyai kepentingan politik sempit. Insiden yang terjadi juga telah membenarkan beberapa maklumat tidak rasmi daripada pemberi maklumat GMUKM berkenaan beberapa perkara pelik yang bakal berlangsung sepanjang Minggu Mesra Pelajar ini.

MPP Mahasiswa Kesal Tindakan Kebudak-budakan PC

Telahan awal Wartawan GMUKM berkenaan 'perkara-perkara pelik' sepanjang MMP nyata kian terbukti dengan beberapa tindakan 'kebudak-budakan' pihak pentadbiran melalui jentera Aspirasi yang bertindak menggunakan platform Pemudah Cara (PC) MMP.

Antara 'perkara pelik' yang telah dijangka seperti memburuk-burukkan GMUKM sebagai persatuan pelajar tidak sah, berhaluan kiri, radikal, ganas dan tidak mengikut prosedur. Turut dikaitkan bersama persatuan Ikatan Studi Islami Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) yang dikatakan pro-pembangkang dan suka melawan pihak pentadbiran dengan menganjurkan 'program-program sensitif'. Terbaru, ISIUKM dikatakan salah satu 'cawangan JI di UKM' yang kini hangat diperkatakan di media-media massa.

Justeru, sepanjang MMP ini, para Pemudah Cara (PC) diarahkan untuk memantau aktiviti GMUKM di samping mengenalpasti 'figure' yang berpotensi mencetuskan isu-isu mahasiswa. Dan terbaru, Wartawan GMUKM mendapat maklumat, para Pemudah Cara diarahkan 'tidak mempedulikan' MPP Mahasiswa yang mewakili GMUKM dalam Pilihanraya Kampus, awal tahun ini.

Hal ini disahkan Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) , saudari Nabilah bt Mohamad Maiyidin yang juga merupakan MPP Umum yang sempat meninjau perjalanan Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang bermula semalam. 

" PC-PC seolah-olah diarahkan untuk tidak bekerjasama dengan MPP Mahasiswa. Setiap soalan yang diajukan, dijawab macam acuh tidak acuh saja. Bukan kita pinta untuk dilayan seperti seorang wakil rakyat, tetapi cukuplah kehadiran kita tidak dipandang sepi saja."

" Kami dipilih oleh rakan-rakan dalam PRK lepas. Kami memikul amanah dari rakan-rakan. Kehadiran kami adalah sama-sama untuk membantu pihak pentadbiran melalui PC, bagi melicinkan perjalanan program. Kami bukan hendak bikin kacau program (di) DECTAR. " sambung MPP Nabilah lagi dengan nada kesal semasa dihubungi Wartawan GMUKM.

Dalam pada itu, MPP Wan Ahmad Fahmi yang sempat menghadiri beberapa slot di DECTAR sejak semalam juga memaklumkan kepada Wartawan GMUKM, terdapat beberapa insiden yang jelas PC yang secara tidak langsung tetapi kelihatan sengaja  merendah-rendahkan imej GMUKM dan ISIUKM yang dikatakan 'golongan haluan kiri' dan 'selalu melanggar peraturan' dalam sembang-sembang dengan beberapa orang mahasiswa baru. Saudara Fahmi yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian segera menegur PC tersebut untuk tidak berlaku demikian kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan persepsi buruk di peringkat mahasiswa yang baru ingin mengenali persatuan di UKM.


" Hanya (apa)bila  kita tegur diaorang, baru PC berkenaan terdiam. Di peringkat kita sebagai MPP, walaupun kita berlainan fahaman, tetapi kita tidak mahu menceritakan berita yang buruk-buruk (ke)pada adik-adik baru masuk. Kita berpegang prinsip dan etika profesional sebagai seorang senior. Kalau diikutkan, mahu saja kita ceritakan tentang pihak satu lagi (Aspirasi) tetapi kita masih berpegang dengan ucapan NC  (Naib Canselor, Dato' Prof Dr Sharifah Hapsah) yang berpesan kepada MPP-MPP supaya menjaga hubungan sesama rakan-rakan biarpun berlainan pandangan."

GMUKM yang sudah menjangkakan akan terjadi beberapa  insiden 'pelik' dan 'kebudak-budakan' kini sedang mengumpul maklumat daripada MPP-MPP Mahasiswa yang hadir dalam slot-slot MMP yang kini sedang berlangsung. Untuk rekod, MPP Mahasiswa menghimpunkan empat belas orang MPP yang dibarisi tujuh orang lelaki dan tujuh orang perempuan. Blog rasmi bagi MPP Mahasiswa boleh dilawati di http://www.pm-ukm.blogspot.com

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !