Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, May 17, 2011

PMUKM - Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 , UKM.

Lakaran Sejarah Penubuhan UKM

Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri.


Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba) dan Abdul Kadir Adabi juga hasil kesedaran terhadap kedhaifan pendidikan rakyat terbanyak (Mohd Zahari Daud).

Pendeta Za’ba (1895-1973) yang merupakan seorang ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu ketika itu telah menyarankan penubuhan sebuah pusat pengajian bertaraf universiti ditubuhkan untuk menampung ribuan lulusan sistem persekolahan melayu yang ketika itu tidak dapat meneruskan pengajian. Beliau sangat yakin dengan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tinggi telah menyarankan penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh sepanjang pengajian.

Kenyataan beliau ini telah disokong Encik Abdul Kadir Adabi (1901-1944) yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Walaupun Encik Abdul Kadir tidak menyebut secara jelas berkenaan bahasa pengantar bagi universiti ini, tetapi para pengkaji sejarah menyimpulkan Encik Abdul Kadir secara bijaksana telah mengaitkan idea penubuhan universiti ini dengan keperluan pendidikan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Cetusan idea bersejarah ini tidak menarik perhatian penjajah British dan pembesar Melayu yang rapat dengan British. Mereka memberi alasan rakyat kebanyakan tidak akan yakin dengan idea ini, walhal dasar penjajah itu sendiri tidak memberi ruang pelajaran tinggi kepada rakyat di Tanah Melayu ketika itu. (Mohd Zahari Daud)

Idea ini bagaimanapun disambut baik oleh Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di segenap peringkat universiti biarpun idea ini tidak mendapat restu pemerintah ketika itu. Idea gagasan ini terus dihangatkan sepanjang sekitar dekad empat puluhan dan lima puluhan oleh pihak Persekutuan yang berusaha untuk mengangkat bahasa Melayu di pentas pendidikan kebangsaan negara sendiri. Pihak Persekutuan Guru-Guru Semenanjung gigih meningkatkan darjat persekolahan aliran Melayu sehingga ramai di kalangan para pelajar Melayu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti khususnya ke luar negara.

Ia membuahkan hasil apabila ramai anak bangsa yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dahulu kembali berkhidmat di dalam negara selepas era kemerdekaan dan melontarkan idea-idea yang bernas. Pada tahun 1963, Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Resolusi di akhir seminar ini adalah menuntut penubuhan sebuah universiti ‘benar-benar bercorak kebangsaan’ dengan dikemukakan hujah-hujah jelas yang dipetik daripada fakta dan kenyataan sejarah negara. Juga tuntutan kepada penubuhan sebuah ‘Universiti Islam’ juga turut dibahaskan. Tuntutan-tuntutan ini diulang-ulang dan perbincangan mengenai penubuhannya dibentang kembali secara terperinci sehingga ia dimuktamadkan pada tahun 1968.

Jawatankuasa Penubuhan UKM ditubuh



Pada Jun 1968, beberapa orang cendekiawan Melayu telah bertemu, bersumbang-saran lalu menggabungkan pemikiran dan pendapat masing-masing di samping membawa isihati rakyat negara ketika itu. Zainal Abidin Wahid. A. Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Zain A. Majid, Mohd. Ghazali A. Rahman, S. Husin Ali dan sekadar menyebut beberapa nama kemudiannya menukilkan konsep Universiti yang dituntut oleh mereka dalam konteks realiti negara yang baru berusia sepuluh tahun ketika itu. Tidak ketinggalan golongan yang menuntut penubuhan sebuah universiti Islam yang dipimpin oleh Allahyarham Dr. Ungku Omar turut berganding bahu dengan kumpulan penaja penubuhan universiti beraliran kebangsaan ini. Kata sepakat dicapai. Tuntutan penubuhan sebuah universiti aliran Melayu dan "universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan" dan sebuah "Universiti Islam" telah berpadu yang kemudian melahirkan penubuhan bermakna selang tiga tahun kemudian.

Dalam pada itu, idea gagasan bersejarah ini telah disambut dengan baik oleh persatuan-persatuan penulis, budaya, belia, pelajar, mahasiswa dan pendidik, lalu dikembangkan dalam kesedaran dan pandangan sejarah bangsa Melayu. Dikisahkan pada detik tersebut kemaraan kehendak dan gelojak hati rakyat tidak lagi dapat ditahan. Di mana-mana rakyat sibuk berbicara akan penubuhan sebuah universiti bercorak kebangsaan, di mana pensyarahnya sendiri bakal mengajar anak bangsa mereka sendiri. Rakyat ketika itu juga menginsafi akan hak mereka untuk menubuhkan sebuah universiti ‘rakyat’ mereka sendiri.

Pada 25 Ogos 1968, sebuah Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi telah ditubuhkan. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain. Hasil usaha yang komited daripada jawatankuasa penaja ini telah melakarkan sebuah sejarah yang sangat bermakna buat semua.

18 Mei - Tarikh Keramat

Tarikh keramat 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi setelah bangunan siap. Universiti ini hasil gabungan citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Terdapat tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam.

Penubuhan UKM ini telah disulami dengan pasak yang jelas iaitu Falsafah UKM yang menjadi kebanggaan warga Universiti. ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan’ Universiti’ adalah jelas implementasi visi yang jelas yang mudah dihadami setiap warganya agar bergerak seiring dengan aspirasi hasrat mulia pelopor penubuhan UKM suatu ketika dahulu yang menginginkan sebuah ‘Universiti Islam bercorak Kebangsaan’.

Juga asas penubuhan Universiti yang disebut di semasa perasmian Universiti pada 18 Mei 1970 lalu, yang terang-terang menyebut, ‘penubuhan UKM adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.’ UKM juga diletakkan sebagai kemuncak dalam mengukuhkan sistem pelajaran kebangsaan di samping meletakkan sasaran melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini. Di samping UKM berperanan menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu ,ia juga memainkan peranan mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Bak kata Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM yang juga merupakan Profesor Ulung Negara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, “Universiti ini merupakan tapak semaian ahli akademik universiti baru di Malaysia.”

Sungguhpun asas sejarah penubuhan universiti ini bertitik-tolak daripada tuntutan rakyat Bumiputera di Semenanjung Malaysia dan berakarkan konsep nasionalisme, namun hasil yang timbul dari pemikiran ini adalah sebuah ‘Universiti Kebangsaan’ untuk seluruh rakyat Malaysia. Idea ini ialah tunas pertama yang amat penting yang tumbuh dari semaian benih gagasan pejuang terdahulu.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 , UKM.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti.













Mohamad Ezuan Mohd Saad,
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

Jangan salahguna kebebasan akhbar - GMUKM

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan mahasiswa yang kini sedang berada di kampung halaman. Biar apa pun aktiviti anda lakukan semasa cuti ini, kami di GMUKM mengharapkan semoga cuti yang panjang ini akan dijalani dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Juga buat rakan-rakan mahasiswa UKM yang sedang gigih menjalani Semester 3 atau juga kita kenali sebagai semester pendek (short sem.) , kepada anda juga kami di GMUKM ingin mengucapkan selamat belajar dan selamat menempuhi peperiksaan Semester 3 yang bakal bermula pada 20 - 25 Jun 2011 nanti. Apa pun, kami di Gabungan Mahasiswa mengharapkan yang terbaik buat rakan-rakan sekalian.


Penerangan Isu Nasional

Bersempena kesempatan cuti yang panjang ini, kami di GMUKM sempat melakukan beberapa kajian berkenaan beberapa isu nasional terpilih. Tentunya isu semasa negara seperti isu ekonomi, sosial dan politik negara menjadi 'favourite' kami untuk dikaji.

Akan tetapi sebelum itu, beberapa peringatan penting harus ditekankan buat semua rakan pembaca ini. Gabungan Mahasiswa UKM sedari dulu terang-terangan telah menjelaskan bahawa suara yang kami bawakan adalah 'genuine' daripada suara mahasiswa UKM sendiri. Kita juga telah meletakkan dasar bahawa suara mahasiswa ini tidak wajar diserapi oleh 'suara-suara luar' terutama daripada parti-parti politik. Ini demi mengekalkan daya keintelektualan mahasiswa di samping pengekalan status quo 'mahasiswa' selaku ejen perubahan masyarakat Malaysia.


Konsep Propaganda - Satu Analisa

Sebelum kita melangkah lebih lanjut ke arah hasil kajian yang dilakukan oleh GMUKM, elok benar sekiranya kita mengemukakan beberapa perkara asas yang perlu difahami oleh rakan-rakan mahasiswa; agar rakan-rakan tidak terpesong dan mudah memahami hasil pengkajian yang GMUKM lakukan. Perkara asas yang pertama yang perlu difahami rakan-rakan sekalian, adalah berkenaan satu istilah asas ini - PROPAGANDA

Meneliti maksud 'propaganda' di Wikipedia telah memaksudkan; propaganda sebagai mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai.

GMUKM juga sempat melayari beberapa buah laman sesawang dan blog untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan 'propaganda' ini. Antaranya sebuah laman blog berbahasa Indonesia ada menerangkan dengan panjang lebar berkenaan propaganda ini ;

Definisi
Propaganda, tulis Bruce L Smith dalam Encyclopaedia Social Science sebagai "manipulasi relatif secara sengaja dengan menggunakan simbol (kata-kata, sikap, bendera, citra, monumen atau musik) terhadap pikiran atau tindakan orang lain dengan sasaran terhadap kepercayaan, nilai dan perilakunya. Unsur kesengajaan dan manipulasi membedakan propaganda dari komunikasi biasa atau pertukaran ide secara bebas. Ini juga membedakan aliran informasi melalui pendidikan. Propagandis menyajikan argumentasi yang sudah diatur atau satu set simbol tunggal, sedangkan pendidik memberikan "semua" sisi dari sebuah isu dan membiarkan pendengarnya memutuskan tentang kebenara atas apa yang dipresentasikan .

1 Propaganda seperti ditulis pula oleh Encyclopedia Britanica (1997) dalam pengertian modern muncul Conggregatio de Propaganda Fide (Perkumpulan untuk Mengajak kepada Keimanan), komite tetap kardinal yang bertanggung jawab atas aktivitas misionairs Katolik Roma sejak 1622. Komunis memberikan pengertian lain tentang propaganda ini. Dalam koleksi tulisan Lenin yang terbit tahun 1929 berjudul Agitation und Propaganda. Dalam buku yang ditujukan untuk basis argumentasi dan praktek komunis atas hal itu, Lenin membedakan antara (1) propaganda yang didefinisikan sebagai argumentasi akal pikiran dari filsafat, sejarah dan ilmu pengetahuan untuk mempengaruhi orang terdidik dan yang cukup cerdas dan (2) agitasi yang diartikan penggunaan slogan-slogan emosional, setengah kebenaran, ungkapan-ungkapan untuk mempengaruhi orang yang tidak terdidik, setengah terdidik dan kuran cerdas.

Mekanisme Propaganda
Propaganda itu adalah suatu tindakan yang sulit diraba. Untuk melihat mekanisme propaganda dalam tingkat negara (state) KJ Holsti dalam International Politics: A Framework for Analysis (1992) menguraikan dua model dari sebuah propaganda. Sebuah negara dalam interaksi dengan negara lain melancarkan propaganda. Untuk mempengarui negara lain, sebuah negara melalukan propaganda melalui kelopok-kelompok sosial atau organisasi di negara yang jadi sasaran. Dengan propaganda itu maka kelompok masyarakat dapat mendesak kepada pemerintahnya untuk mengubah kebijakan yang dikehendaki oleh negara yang melakukan propaganda. Mekanisme ini memperlihatkan sebuah proses propaganda secara tidak langsung dimana sebuah tim propaganda negara tertentu membidik sasaran kelompok atau organisasi masyarakat untuk menjadi medium bagi tujuan propagandanya.


Contoh poster propaganda ( Sekadar gambar hiasan )

Kebebasan Akhbar Disalahguna ?


GMUKM menyanjung kebebasan akhbar dan media massa khususnya di arus perdana negara masa kini menerbitkan sebarang berita khususnya isu-isu semasa. Akan tetapi media massa kini dilihat semakin 'tidak bertanggungjawab' dengan penerbitan mereka sendiri. Isu-isu sensitif seperti isu agama baru-baru ini di samping 'character assassins' yang juga sebelum ini telah disebut di blog ini nampaknya dipandang enteng oleh sesetengah pengamal media.

Juga di awal bulan ini, berita musibah telah menimpa keluarga seorang graduan UKM yang baru menerima Ijazah Sarjanamuda tahun lalu apabila telah ditikam mati oleh seorang lelaki; telah disensasikan oleh pihak media massa arus perdana yang tidak bertanggungjawab. Beberapa ulasan dan petikan artikel yang nyata menyongsang daripada kisah sebenar bagaikan tidak cukup menyentap hati keluarga allahyarhamah Ratna Sufizah Riyanti; yang lantas diperbetulkan oleh Persatuan Mahasiswa UKM yang sempat menziarahi keluarga allahyarhamah di Kedah minggu lalu. 



Media Massa Perlu Bertanggungjawab

Kita di Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat penyalahgunaan konsep propaganda media massa yang dilakukan kini harus dikawal dan dipantau oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).  Teguran oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mei lalu yang mengingatkan semua pihak termasuk pengamal media 'supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi' amat disambut baik oleh kita di Gabungan Mahasiswa. 


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sekali lagi mengulangi pendirian front MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah) dan PMUKM pada awal tahun ini sebelum ini yang menekankan keperluan pengamal media massa sama ada di arus perdana mahupun alternatif untuk bertanggungjawab dengan setiap patah perkataan yang diterbitkan untuk tatapan umum untuk mengelakkan mafsyadah (keburukan) dan menjaga maslahah (keselamatan) orang ramai. 


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !