Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, April 10, 2012

'Mahasiswa tidak boleh pegang jawatan serentak'

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam akan memberi kebenaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli dan memegang jawatan sebarang parti politik.

Bagaimanapun, pindaan yang dicadangkan itu melarang mereka bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Mereka juga tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti parti politik dalam kampus serta menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara.

Pindaan dalam Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ia untuk memperluaskan hak pelajar yang sebelum ini tidak dibenarkan menyertai dan menjadi ahli parti politik. Sekatan dan larangan dalam tiga subseksyen Rang Undang-Undang pindaan itu pula bertujuan mengekalkan keberkecualian dalam kampus.

Pindaan juga turut mencadangkan pelajar tidak boleh dihalang daripada membuat pernyataan atau melakukan apa-apa juga yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik.

Sunday, April 8, 2012

Benarkah PTPTN boleh dihapuskan ?



Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh diwar-warkan di media arus perdana dan maya sepanjang minggu lalu agak menggamatkan politik negara.

Di pihak Pakatan Rakyat yang menjanjikannya, diketuai Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim giat mencanangkan janji-janji PR menerusi ceramah-ceramah penerangan dan rakaman-rakaman video untuk dipaparkan di media alternatif.

Manakala di pihak kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional yang semestinya menguasai media massa arus perdana pula tekad menafikan setiap satu hujah yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

Persoalannya, adakah benar PTPTN boleh dihapuskan ?

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !