Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, March 31, 2011

PMUKM cakna isu pembuangan kolej

 

Satu perjumpaan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohd Izzudin bin Mohd Pisol bersama rakan-rakan mahasiswa UKM yang mengalami masalah penempatan kolej kediaman bagi sesi hadapan (2011/2012) telah diadakan di Tingkat 4, Pusanika UKM. Perjumpaan yang bertujuan mengharmonikan suasana ekoran timbulnya isu mahasiswa 'dibuang kolej' beramai-ramai selain daripada mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan mahasiswa yang akan dibawa ke pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.



Antara maklumat yang diterima, mereka telah dikeluarkan daripada kolej kediaman sekarang tanpa sebarang sebab, sedangkan mereka aktif di dalam program-program seperti program-program karnival dan jamuan makan malam kolej serta aktif kelab-kelab yang berdaftar di bawah kolej kediaman juga.



Apa pun, hasil pertemuan dan aduan bertulis kepada pihak PMUKM semalam akan dianalisa dan didokumentasikan sebelum dibawa ke pihak berkenaan. Untuk makluman rakan-rakan, sebarang masalah berhubung penempatan kolej pada sesi hadapan masih boleh diadukan kepada saudara Mohd Izzudin bin Mohd Pisol selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan di talian 0193759094.
 
 
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Syabas PMUKM !

Kredit Foto : Encik Abd Raai Osman, Jurufoto UKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan sulung pihak jawatankuasa pelaksana program Suara Kampus Forum Dilema Jepun : Antara Tsunami & Nuklear yang telah berlangsung semalam di Fakulti Sains & Teknologi (FST).


Program sulung yang akan diadakan secara berkala secara bulanan tersebut telah dianjurkan di bawah Biro Akademik & Intelektual dan dibawah kendalian MPM Mohamad Idrul dan jawatankuasa pelaksana beliau.


Program Suara Siswa Siri 1 ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr Shahidan Radiman selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi (Pra-Siswazah & Alumni). Forum ini telah menjemput dua orang ahli akademik iaiatu Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo dan Prof Dato' Dr Sukiman Sarmani yang banyak melakukan kajian berkenaan dengan tajuk forum semalam.




Berkenaan penganjuran forum semalam, rata-rata hadirin begitu teruja dan telah menunggu program tersebut sejak waktu Maghrib lagi apabila jadual asal program berlangsung pada pukul 8.15 malam, tetapi terpaksa dilewatkan disebabkan ahli panel tiba agak lewat. Walaubagaimanapun, para hadirin yang terdiri bukan sahaja di kalangan mahasiswa, tetapi turut menarik minat kakitangan Universiti dan orang awam yang lain untuk tetap menunggu program yang dimulakan pada pukul 9 malam.




Forum yang berlangsung dalam 3 pusingan tersebut juga telah berjaya membangkitkan beberapa persoalan daripada hadirin. Antaranya isu cadangan pembinaan nuklear itu sendiri di Malaysia sebagaimana yang diumumkan oleh pihak kerajaan akan diteruskan; selain mahasiswa yang turut bertanyakan soalan berkenaan sejauhmana kesediaan kita menukar kepada penggunaan tenaga nuklear itu sendiri.

Secara keseluruhan, GMUKM berpuas hati dan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa pelaksana yang berjaya menarik kehadiran yang penuh memenuhi Dewan Anuwar Mahmud tersebut. Diharapkan program-program sebegini akan terus diadakan dan berjaya mencambahkan budaya keilmuan dan keintelektualan sejajar dengan dasar perjuangan GMUKM yang selama ini diperjuangkan iaitu Keilmuan, Kebajikan & Penghayatan Falsafah UKM.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !