Kredit : Persatuan Mahasiswa FPI UKM
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Agak-agaknya bersediakah kita? atau biarlah bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi, kita tempuhi sahaja dengan hati yang terbuka. mungkin itu antara jawapannya. Perlu kita tahu berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperoleh apa-apa melainkan berjaga sahaja)).Hadis Riwayat Imam Ahmad. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, kita seharusnya melakukan persiapan dalam menghadapi bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.
Antara persiapan menjelang Ramadhan ini, dapatlah kita bahagikan kepada beberapa aspek iaitu:
1. PERSIAPAN ROHANI
Yang dikehendaki di sini ialah kita harus bersedia dari aspek penerimaan hati terhadap Kefardhuan Puasa yang bakal dilalui. Macam mana tu? Hati mestilah ikhlas kerana Allah jalla wa’ala. bukan berpuasa kerana lainnya. Bukan berpuasa kerana ingin kurus, diet la kononnya. memang tak dinafikan bulan puasa mampu menyebabkan orang gemuk jadi kurus. Tapi kalau kita niat puasa kerana nak kurus, tepuk dada, tanyalah hati, Sahkah puasa kita? Mana ada orang berpuasa berniatkan, “Sahaja aku puasa esok hari , pada bulan Ramadhan kerana nak kurus.” Biarlah kelebihan berpuasa mampu buat orang jadi kurus itu datang tanpa kita niatkan. kita berpuasa tetapkan niat kerana ALLAH ta’ala semata2. persiapan rohani juga membawa maksud, kita hendaklah letak dalam minda bahawa puasa adalah ibadah
2. PERSIAPAN FIZIKAL
Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan persiapan fizikal yang lebih baik dari hari biasa. Sebab, jika badan lemah, nak buat ibadah kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita perolehi secara maksimum. Maka, sejak bulan Rejab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnat, banyak berinteraksi dengan al-Qur’an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan juga aktivti kemasyarakatan seperti biasa.
3. PERSIAPAN HARTA
Kita kena ingat, persiapan harta bukan semata-mata untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Maksudnya disini ialah mempersiapkan harta adalah untuk melipat gandakan sedekah, kerana Ramadhan merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.
4. PERSIAPAN DARI SEGI AKHLAK
Menjaga lisan dari perkataan yang bathil dan tdk bermanfaat. Rasulullah SAW bersabda ” Apabila kalian sedang berpuasa janganlah berkata dengan perkataan kotor (keji) dan janganlah melakukan perbuatan bodoh (berteriak,mencela) apabila ada orang yang menghina katakan kepadanya bahwa saya sedang puasa” (HR.Muttafaq ‘alaihi). Maka ketika mampu menjaga lisan maka insya Allah kita akan terhindar dari puasa yang sia-sia namun ketika kita tidak mampu untuk itu maka puasa kita akan sia-sia, sebagaimana yang disabda oleh Rasulullah SAW “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan bohong maka Allah tidak menperdulikan ibadah puasanya” (HR. Ibnu Majah).
5. PERSIAPAN ILMU
Ilmu yang berkaitan dengan puasa mestilah dipelajari. Puasa seseorang itu akan menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak mengetahui tentang rukun, syarat dan perkara-perkara yang menyebabkan puasa seseorang itu terbatal seseorang . Mempelajari ilmu berkenaan dengan puasa bukannya susah, mungkin ia boleh dipelajari melalui buku-buku agama, ceramah-ceramah dan melalui orang yang lebih arif daripada kita.
0 comments:
Post a Comment