Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, August 9, 2012

Pilihan Raya Kampus : Bulan September atau Oktober?

Tarikh pilihan raya kampus(PRK) khususnya di peringkat UKM masih menjadi tanda tanya dalam kalangan mahasiswa. Baru-baru ini melalui entri yang dikeluarkan dalam blog GMUKM telah mendesak pihak pentadbiran UKM untuk mengumumkan tarikh PRK dengan kadar segera rentetan daripada langkah berani pentadbiran USIM untuk mengumumkan tarikh PRK bagi kampus tersebut.

Walaubagaimanapun, kita di peringkat GMUKM masih dalam usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang tarikh PRK. Terbaru, kami mendapat maklumat yang PRK akan diadakan pada bulan September/Oktober 2012 melalui surat pelantikan juruaudit pilihanraya yang sampai kepada pangkalan maklumat kami. 



GMUKM berpendirian pentadbiran UKM masih takut-takut untuk memacak satu tarikh bagi PRK khususnya apabila melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan dalam surat tersebut. GMUKM mengesyaki ada campur tangan unsur luar dalam menentukan tarikh pilihanraya kampus, kalau tidak kenapa pihak pentadbiran masih belum mampu mengeluarkan satu tarikh kepada mahasiswa. Hal ini juga disokong dengan pembongkaran Ops 2020 yang mendakwa ada unsur politik luar yang ingin campur tangan dalam proses PRK lebih-lebih lagi apabila kakitangan UKM turut tersenarai dalam pembongkaran tersebut.



Jadi, kami di peringkat GMUKM menuntut kepada Naib Canselor Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Timbalan Naib Canselor HEPA Prof Ir. Dr. Othman Karim agar mengeluarkan tarikh pilihanraya kampus dengan kadar segera kepada semua masyarakat kampus. Jika tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran, GMUKM sedia menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak pentadbiran bagi berbincang isu ini. Kita tuntut respon segera dari pihak pentadbiran. 


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !