Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, May 8, 2013

Kenyataan GMUKM : Hormati Hak dan Pendirian Satu Sama Lain



Tindakan sesetengah pimpinan parti politik yang cuba menimbulkan sentimen perkauman setelah selesai PRU'13 adalah sangat tidak wajar. Isu peningkatan pola pengundi Cina yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam PRU'13 ini tiada kaitan sama sekali dengan sentimen perkauman.

Ini soal kebangkitan dan kesedaran rakyat terutamanya kaum Cina. Tsunami politik sudah berlaku sejak PRU'12 lagi yang melibatkan pelbagai kaum dan ianya tidak hanya pada kaum Cina.

GMUKM menyelar dan membantah tindakan mana-mana pihak yang ingin meniup api kebencian perkauman. Tindakan sebegini amat mendukacitakan bagi sebuah negara majmuk yang mengamalkan demokrasi. Di mana nilai demokrasi sihat yang diperkatakan selama ini?

Marilah kita ke arah ruang demokrasi yang lebih terbuka. Pilihanraya adalah medan untuk rakyat untuk memilih pemimpin negara. Soal siapa yang dipilih itu adalah hak rakyat itu sendiri. Jadi tidak timbul isu tidak kenang budi ataupun sebagainya.

Jelas, kita perlu menerima hakikat bahawa negara Malaysia didiami oleh pelbagai kaum. Oleh itu, nilai-nilai murni seperti saling menghormati hak dan pendirian antara satu sama lain perlu dijaga bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.

GMUKM menggesa pihak yang bertanggunggjawab serta media-media massa supaya segera menghentikan penyebaran kenyataan-kenyataan dan isu-isu yang berbaur kebencian perkauman.


Pengerusi GMUKM 2012/13



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !