GMUKM menerima aduan serta keluhan daripada beberapa orang pelajar
mengatakan terdapat yuran Latihan Industri yang dikenakan ke atas mereka. Para
pelajar berasa hairan kerana mereka tidak diberikan notis awal mengenai bayaran
yuran tersebut sama ada sebelum ataupun ketika pendaftaran awal dahulu.
Dimaklumkan bahawa mereka perlu melunaskan bayaran yuran RM 180 bagi tujuan
Latihan Industri.
Yuran yang dikenakan sebanyak RM 180 kepada para pelajar ketika ini terutamanya di akhir-akhir semester dilihat amat membebankan. Ditambah pula, jika ada diantara mereka ini tidak mendapat sebarang elaun ketika Latihan Industri. RM 180 ini sangat berharga bagi keperluan kewangan mereka dan untuk kegunaan harian sehingga tamat Latihan Industri nanti.
Kami di pihak GMUKM memandang isu ini sebagai isu yang serius dan perlu kepada penjelasan segera oleh pihak yang berkenaan kerana Latihan Industri telahpun bermula dan bayaran ini perlu ditunaikan. Kami di maklumkan sebanyak RM 30 dikenakan untuk 1 unit jam kredit. Oleh kerana Latihan Industri perlu menghabiskan 6 unit maka jumlah keseluruhan adalah RM180.
Walaupun bayaran yuran Latihan Industri ini belum dikemaskini atau dikenakan kepada sebahagian pelajar, persoalan kami tetap sama. Persoalan kami, mengapakah yuran ini perlu dijelaskan sekarang, adakah yuran ini tidak termasuk di dalam senarai yuran yang telah dijelaskan oleh pelajar pada awal semester?.
Maka, GMUKM sekali lagi memohon penjelasan sebenar pihak UKM terhadap masalah yuran Latihan Industri yang dikenakan kepada pelajar ini. Isu ini telah lama berlaku sejak dari sesi-sesi sebelum ini, tetapi masih lagi belum selesai. sekali lagi kami berharap isu ini diperjelaskan segera.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
1 comments:
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
Post a Comment