Hampir seminggu masalah Jerebu berlarutan di Negara kita. Turut tidak terkecuali merasai bahangnya ialah mahasiswa/i serta warga UKM sendiri. Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan daripada mengalami risiko buruk akibat Jerebu terutama di musim peperiksaan akhir ini.
Oleh itu, Gabungan Mahasiswa GMUKM dengan inisiatif bersama persatuan induk Mahasiswa PMUKM telah melancarkan edaran “Face Mask” percuma kepada seluruh warga UKM ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk. Edaran ini dilakukan di beberapa kolej, PTSL, dan sekitar UKM.
Kempen edaran “Face Mask” tersebut adalah sebagai langkah keselamatan selepas berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) beberapa tempat di Selangor diberitakan berada pada paras tidak sihat.
GMUKM turut mengingatkan kepada seluruh mahasiswa agar menghadkan aktiviti luar bilik dan lebihkan minum air bagi mengelak risiko akibat pendedahan secara berterusan kepada jerebu. Pastikan sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar atau tempat terbuka.
Pada masa yang sama, MPP GMUKM serta selaku Presiden PMUKM menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pusat Kesihatan UKM bagi memastikan kesihatan dan kebajikan mahasiswa/i UKM diutamakan pada musim peperiksaan ini. Kebajikan para pelajar terus diberi keutamaan oleh MPP GMUKM selaku peneraju PMUKM pada sesi kali.
Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment