Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 4, 2009

PRK 15 Jan: GMUKM tekad hapuskan manipulasi HEP.


http://kacapermata.blogspot.com/2009/01/prk-15-jan-gmukm-tekad-hapuskan.html



Bangi, 3 Januari, kem jentera pilihanraya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM pada kali ini berhadapan tugas getir dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang disahkan akan berlangsung pada 15 Januari 2009.

Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya bakal terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada kali ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti di UKM, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari.

Dalam masa yang sama, seramai 159 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon dilaporkan mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh HEP di A’Famosa Resort, Melaka. Walaupun mendapat tentangan daripada Mahasiswa UKM, pihak HEP UKM tetap berdegil menganjurkan bengkel tersebut dan masih meletakkan kehadiran ke bengkel tersebut sebagai syarat wajib untuk menjadi calon.

Pihak HEP turut dilaporkan menaikkan kos bertanding bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam PRK 2009 nanti sebanyak 66% bagi wang deposit, dan 25% bagi setiap borang pencalonan. Peningkatan kos ini dolihat semata-mata ingin menyusahkan calon pilihan Mahasiswa kerana calon-calon Aspirasi mendapat tajaan daripada HEP dan KPT sendiri. Sumber daripada perwakilan pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM menyatakan bahawa setiap calon tajaan HEP dan KPT menerima wang saku sebanyak RM250 daripada UMNO, Barisan Nasional.

Namun begitu, kempen GMUKM tidak terjejas malah jurucakap GMUKM, saudara Hazman Abdullah menyatakan bahawa Mahasiswa UKM sudah lama menantikan perubahan yang ingin dibawa oleh GMUKM. Beliau melaporkan pihak HEP dan Aspirasi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengerahkan dan memaksa Mahasiswa tahun 1 untuk menjadi calon. Menurut salah seorang calon Aspirasi yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam/2, dia sebenarnya keberatan untuk menjadi calon. Namun dia terpaksa akur dengan arahan dan ugutan pihak HEP yang didakwanya juga didalangi konspirasi jahat dan sulit pihak KPT.

Sunday, December 28, 2008

Belasungkawa Buat Canselor UKM


SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Canselor UKM, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di sini untuk memberikan rawatan.

Ketika dua pakar itu tiba di istana pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan baginda dibawa ke HTJS untuk rawatan segera dan pada jam 11.45 pagi, Baginda menghembuskan nafas yang terakhir di sisi Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu.

GMUKM mengucapkan belasungkawa atas kemangkatan baginda. GMUKM amat menghargai jasa Baginda yang telah memberikan komitmen padu dalam menjadikan UKM sebagai university terkehadapan di Malaysia ini.. Marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah ke atas Allaharhum Baginda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !