Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Al-Mubarak



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan berbesar hati mengucapkan tahniah dan selamat menyambut bulan Ramadha al-Mubarak. GMUKM optimis akan kehadiran bulan yang mulia ini akan meningkatkan lagi iltizam para mahasiswa untuk belajar dan terus belajar demi memperoleh secebis ilmu dari varsiti tercinta kita ini.

Di peringkat Gabungan Mahasiswa, kita juga meletakkan sasaran agar bulan penuh barakah ini akan memberikan peluang yang sama adil kepada semua umat Islam amnya, dan para mahasiswa khususnya untuk sama-sama meningkatkan amal ibadat dan pengabdian diri kepada Maha Pencipta.

Juga kepada mahasiswa bukan Islam, Gabungan Mahasiswa juga menganjur dan mengajak para mahasiswa sekalian untuk turut serta bersama-sama rakan-rakan Muslim untuk cakna perihal bulan Ramadhan ini dengan sekurang-kurangnya mengambil tahu apakah pengisian sebenar dan hikmat yang bakal diperoleh dalam bulan mulia ini.

Akhir kalam, Gabungan Mahasiswa menyeru semua mahasiswa untuk terus bersama-sama Gabungan Mahasiswa dan 'front' yang ada di dalamnya seperti MAMPU, KAMI, AKSIS, GMLN dan lain-lain demi merealisasi falsafah varsiti yang kita cintai ini.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H


Ber-GM Lebih Baik !

Sunday, August 8, 2010

Sekitar Ungu-kan Pesta Konvo!

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) meneruskan lagi agenda mendekati para mahasiswa UKM terutama para graduan yang baru memperoleh segulung ijazah dengan mengadakan program UNGU-kan Pesta Konvokesyen ke-38.

Acara bermula dengan aktiviti berkumpul dan berkonvoi beramai-ramai dari DECTAR dan berakhir di tapak pesta di Dewan Gemilang sebagai simbolik kepada perjalanan jauh mahasiswa menuju harapan menggapai segulung ijazah. Segala cabaran, onak dan duri dan perjalanan yang jauh bakal ditempuhi sebelum seseorang itu layak bergelar graduan mahasiswa.

Setiba konvoi di tapak pesta, ahli Gabungan Mahasiswa bergerak mengedarkan 'flyer' penerangan GMUKM ke sekitar tapak pesta. Ironinya ramai mahasiswa yang ditemui melahirkan perasaan teruja mereka yang pada mulanya 'takut' dengan GMUKM, tetapi apabila diberi penjelasan mereka baru mendapat maklumat yang sebenar berkenaan GMUKM. Ini kerana mereka telah mendapat 'nasihat' daripada 'abang dan kakak' di kolej supaya menjauhi 'kumpulan Ungu' yang dikatakan gemar mencetuskan kekecohan dan memalukan nama Universiti.

Dalam aktiviti yang sama pada petang itu, pihak GMUKM turut mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung tapak pesta Konvokesyen ke-38.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !