Suara-suara rungutan berkenaan subjek HX-Pengenalan Perkembangan Pelajar semakin kuat kedengaran di kalangan mahasiswa-mahasiswi Tahun 1. Terbaru Wartawan GMUKM mendapat maklumat isu ini hangat diperbincangkan secara tidak langsung di dalam kelas-kelas di dewan kuliah yang biasanya melibatkan gabungan beberapa kursus mahasiswa Tahun 1.
" Kita bukan budak-budak ! Kenapa kita perlu dipaksa untuk hadir ke kelas yang kami 'tak minat? Sudahlah subjek-subjek kursus pun sudah berat, ingat masuk ko-k ni, dapatlah kita enjoy,join kelab,sukan yang kita minat. (Malangnya)Itupun kita dikawal,dipaksa juga. Felo-felo pula jadinya ada authority hendak panggil kami turun bila-bila dia suka, hatta tengah malam atas alasan ko-k.Disuruhnya siap itu,ini untuk kolej. Tak hadir, diugutnya markah ko-k kurang..Adakah ini cara budak U ? Dicucuk hidung, ke sana,ke sini ??? " bentak seorang mahasiswa Tahun 1 sambil disokong rakan-rakan di dalam sebuah kelas Hubungan Etnik di Dewan Kuliah FSSK tengah minggu lalu.
Dalam pada itu, Wartawan GMUKM juga mendapat maklumat sistem pemarkahan Ko-Kurikulum bagi subjek HX dan HE juga tidak sama di kalangan felo-felo kolej. Contohnya ada kolej-kolej menggunakan kuasa yang ada untuk memaksa mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2 dengan mengambil kedatangan untuk turun memberi sokongan dalam Sukan UKM '10 (SUKEM) yang berlangsung baru-baru ini. Dan kedapatan kolej yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2 untuk turun atau tidak, khususnya di Kolej Pendeta Za'ba.
Lain pula di Kolej Burhanuddin Helmi pula di mana Pengarah PPP sendiri, PM Dr Kadderi sendiri menjadi Pengetua apabila Felo-Felo yang menjaga subjek HX / HE ini memberitahu, kursus HX / HE ini sudah tamat silibus dan tiada perjumpaan selepas ini. Bagaimanapun hal ini tidak dibesarkan kerana dikatakan bakal mengundang polemik bagi penghuni kolej-kolej kediaman yang lain.
Dan ironinya Wartawan GMUKM juga mendapat maklumat, Felo Kolej Ibu Zain tidak pernah mengambil kedatangan ke Ko-Kurikulum. Justeru apabila maklumat kedatangan Ko-Kurikulum itu hendak diserahkan untuk permarkahan Bahagian Pengurusan Akademik, Felo tersebut terpaksa mengadakan 'sesi menandatangani kehadiran kokurikulum' beramai-ramai dengan memanggil mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2 turun atau berjumpa dengan beliau secara peribadi. Hal ini disahkan sendiri oleh rakan-rakan GMUKM yang menghuni Kolej Ibu Zain.
Justeru, di sini GMUKM menegaskan, bahawa kita yang mewakili semua mahasiswa UKM samada dari Tahun 1,2,3 dan 4 memohon penjelasan yang sejelas-jelasnya berkenaan apa yang sebenarnya berlaku bagi subjek HX/HE. Dengan berbaki kurang daripada dua minggu menjelang minggu peperiksaan akhir, kita sekali lagi memohon penjelasan, bagaimanakah sistem pemarkahan subjek HX/HE ini berlaku, dan apa signifikannya mahasiswa-mahasiswi dipaksa ke hulu,ke hilir atas alasan 'markah ko-kurikulum' ?
Ber-GM Lebih Baik!
