Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, March 7, 2011

Tahniah Kolej Ungku Omar

Pihak GMUKM merakamkan setinggi penghargaan kepada pentadbiran kolej Ungku Omar diatas sikap rasional mereka dalam merespon isu keselamatan yang pernah dibangkitkan oleh duta Aksis, merangkap MPM UKM ,saudara Muslimah binti Marsi pada 7 October 2010  lepas. Post berkaitan isu tersebut boleh di baca di sini.

Walaupun mengambil masa yang agak lama, namun, pihak GMUKM menghargai usaha yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran kolej tersebut dalam melayani hak mahasiswa. Didalam post tersebut (rujuk link), wartawan GMUKM telah menerima pelbagai aduan berkaitan keselamatan dan kebajikan mahasiswa terutamanya siswi, seperti isu air, kebebasan pelajar siswa memasuki kawasan kolej siswi ,kes kehilangan motor dan keadaan kawasan parking motor yang dikategorikan sebagai tidak selamat.

Keadaan kawasan parking belakang, (berhampiran pusat kesihatan),  yang pada awalnya suram dan sepi, kini terang-benderang dengan kewujudan lampu-lampu di pondok parkingdan di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini amatlah berbeza dengan keadaan sebelumnya yang amat tidak 'mesra mahasiswa' kerana kawasan tersebut yang jauh dari orang ramai, gelap dan berpotensi menjadi kawasan target insan-insan tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah.

Pihak GMUKM berharap,langkah baik ini dapat mengurangkan masalah kecurian dan ketidakselesaan yang dialami para siswi khususnya. Namun bagi masalah kebebasan siswa memasuki kawasan siswi, pihak kami masih belum mendapat jawapan yang rigid. Namun pihak kami optimis untuk terus memastikan masalah-masalah disiplin tersebut dibanteras segera. Bagi isu ketiadaan air pula, diantara punca yang dikenalpasti adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Maklumat awal yang kami terima, masalah ini dijangka selesai menjelang bulan April nanti.

Akhir kata, pihak GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM agar dapat menyalurkan sebarang permasalahan, aduan atau kegusaran yang timbul dari segala aspek, demi penambahbaikan kearah kegemilangan varsiti kita yang tercinta ini. sebarang aduan, kritikan atau cadangan bolehlah disalurkan ke gmukm2009@gmail.com atau terus ke laman facebook kami, Gabungan Mahasiswa UKM, atau  MPM UKM 2010/2011 . Lontarkan suara anda, kerana suara anda, tanggungjawab kami.


~berGM lebih baik~

Friday, March 4, 2011

SAYA MAHASISWA PRIHATIN : Salurkan aduan anda!

Sumber : Blog MPMUKM

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Kami di MPMUKM menjemput rakan-rakan mahasiswa untuk menyalurkan sebarang komen dan aduan atau pandangan anda berkenaan isu-isu semasa kampus UKM pada link Fb di bawah;



Untuk makluman rakan-rakan juga, untuk sebarang aduan berkenaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini terdapat suatu sistem pengaduan berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada pelajar iaitu Sistem Aduan Dalam Pelajar (SADP). 

Ia merupakan satu sistem pengaduan mengenai penyelewengan kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan hal-ehwal pelajar, hal-hal yang berkaitan sebagai contoh penipuan, pemalsuan dokumen, pemarkahan kursus yang tidak munasabah, sijil kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti kertas soalan, membuat tuntutan palsu atau penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi.

Semua mahasiswa boleh mengemukakan aduan kepada sistem ini dengan syarat dia mestilah seorang pelajar yang berdaftar dengan UKM.

Di dalam Sistem Aduan Dalaman Pelajar, pihak universiti bertanggungjawab:
1. Menjamin kerahsiaan dan diklasifikasikan sebagai rahsia,sulit.
2. Semua pengadu akan dimaklumkan penerimaan aduannya oleh pihak Universiti dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
Di dalam aduan tersebut, pengadu perlu memberi maklumat lengkap terutama dari segi tarikh, masa, tempat dan orang yang hendak diadukan kesalahan. Perlu diingatkan aduan bukan berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebajikan dan kepentingan organisasi dan bertanggungjawab kepada Universiti.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !