Sebahagian besar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sudah pun beransur pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam tadi. Justeru itu, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan mahasiswa UKM.
Semoga cuti yang ditetapkan selama seminggu ini mampu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan mahasiswa yang tidak pulang, dalam meneruskan aktiviti yang masih belum selesai.
Barangkali, terlalu jauh kampung halaman di Sabah mahupun Sarawak. Cuti seminggu seakan-akan tidak mencukupi serta tidak berbaloi dengan harga tiket pengangkutan yang perlu dibayar.
GMUKM berpesan agar pulanglah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Paling penting adalah jangan lupa untuk meningkatkan keselamatan kenderaan anda, bilik anda, loker almari anda dengan mengunci sebaik mungkin. Persiapan lebih awal mampu mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

