Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, April 6, 2012

GMUKM : Selamat Bercuti Mahasiswa UKM

Sebahagian besar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sudah pun beransur pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam tadi. Justeru itu, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan mahasiswa UKM.

Semoga cuti yang ditetapkan selama seminggu ini mampu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan mahasiswa yang tidak pulang, dalam meneruskan aktiviti yang masih belum selesai. 

Barangkali, terlalu jauh kampung halaman di Sabah mahupun Sarawak. Cuti seminggu seakan-akan tidak mencukupi serta tidak berbaloi dengan harga tiket pengangkutan yang perlu dibayar.

GMUKM berpesan agar pulanglah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Paling penting adalah jangan lupa untuk meningkatkan keselamatan kenderaan anda, bilik anda, loker almari anda dengan mengunci sebaik mungkin. Persiapan lebih awal mampu mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


Begitu juga, manfaatkan masa cuti sebaiknya dengan menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang bakal menjengah rakan-rakan mahasiswa.

Seminggu bercuti, keselamatan perlu diutamakan.

GMUKM menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa untuk berhati-hati dalam setiap pergerakan dan aktiviti yang telah direncanakan. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh  berlaku. 

Selain itu, GMUKM turut cakna terhadap isu keselamatan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak terhadap kes kecurian motosikal kepunyaan mahasiswa UKM. 



Terbaru, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) melalui presidennya, Ahmad Muzzammil Muhd Hairi telah melancarkan Ops Kunci dalam memberi penerangan serta kesedaran terhadap isu keselamatan ini. Menurut sumber maklumat, PMUKM sedang giat berusaha dalam mengumpul maklumat serta meneliti segala aduan yang diterima. 

Sehubungan dengan itu, GMUKM menyokong sepenuhnya hasrat dan tindakan yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan PMUKM. Perkara ini sangat perlu diberi perhatian oleh segenap warga UKM. Isu keselamatan ini bukan isu yang baru. Walhal sudah sekian lama diperjuangkan.

Berikut adalah gimik penyerahan replika kunci oleh pengerusi GMUKM yang baru, Saudara Ahmad Shukran Shaharudin. Saudara Shukran menggantikan pengerusi GMUKM yang lepas, Ahmad Firdaus Ahmad Azam.

Semoga pergerakan GMUKM terus dipacu dengan mantap dan konsisten melalui pengerusinya yang baru. Seluruh jentera GMUKM pasti terus bersemangat dalam memastikan gerak kerja dalam menangani isu mahasiswa. GMUKM tetap komited dalam isu mahasiswa dan memastikan agenda ini terus diutamakan.

Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !