Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi : Bukan Isu Ringan


Tinjauan kenyataan daripada rakan-rakan mahasiswa mengenai kejadian gempa bumi di Acheh, Sumatera Utara Indonesia pada hari ini mendapat perhatian yang serius. Pelbagai reaksi serta pandangan dilontarkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa mahasiswa terus cakna dengan isu semasa serta prihatin terhadap perkara yang berlaku. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) kagum dengan semangat dan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakan-rakan mahasiswa.

GMUKM turut melahirkan rasa gusar serta berdoa agar gempa bumi yang menimpa masyarakat di Aceh tidak melibatkan kemalangan jiwa. Jam 3.38 petang tadi, gegaran 8.9 Skala Ritcher (SR) berpusat pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. 


Sementara itu, kejadian gempa bumi ini bukan sahaja menimpa masyarakat Aceh, namun turut dirasai oleh rakyat Malaysia di pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Pulau Pinang. 

Cuti umum bersempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut menganggu beberapa aktiviti penduduk di sekitar Pulau Pinang.

Enggan mengulas panjang, GMUKM menyeru agar rakan-rakan mahasiswa untuk bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan. 

Sebelum ini kita dikhabarkan dengan pelancaran Ops Kunci daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), maka pada hari ini GMUKM mengharapkan agar keselamatan diri sendiri turut terjaga.

GMUKM menasihatkan agar rakan-rakan mahasiswa menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan juga Perak yang berpotensi untuk berlakunya tsunami.

Semoga sepanjang tempoh seminggu bercuti, perihal keselamatan menjadi keutamaan. Sikap prihatin perlu wujud dalam diri selaku mahasiswa yang bakal menempatkan diri dalam masyarakat. 

Dalam pada itu, GMUKM menjunjung tinggi titah baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan status negara maju dapat direalisasikan menjelang 2020.

"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini. 
--Bernama
 Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerana alert dengan perkembangan semasa. Diharapkan kepimpinan persatuan dapat mengerakkan ahli-ahli dengan ilmu kesedaran bahaya tsunami dan langkah-langkah berjaga. Terima kasih.

Salam. Dapatkan baju muslimah untuk mahasiswa universiti di kedai kami www.customadeshop.com Sesuai untuk ke kuliah dan aktiviti seharian. Cantik & menawan.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !