Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, April 18, 2012

Pengerusi GMUKM : Isu PTPTN Mahasiswa Wajib Cakna

Indonesia baru-baru ini gempar dengan gegaran gempa bumi yang cukup kuat, Malaysia juga turut terasa tempiasnya. Namun, gempa bumi yang berlaku tidak dapat menandingi kekecohan di Malaysia disebabkan isu PTPTN dan pendidikan percuma yang dilontarkan Pakatan Rakyat (PR). 
 
Isu sebegini bukan isu politik semata-mata, bahkan ianya adalah isu sejagat yang mejurus ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan membangun. Walaupun isu ini telah sekian lama dilaung-laungkan oleh mahasiswa yang tertindas, ianya kembali hangat dan panas dengan lontaran-lontaran idea yang bernas dan mampu membuka minda bagi sesiapa sahaja yang terbuka dan tidak cepat melatah.

Kenali PTPTN

Sebelum kita pergi lebih jauh, menghentam tidak tentu arah, satu persoalan perlu kita rungkai. Siapakah atau apakah badan yang kita kenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?  

  1. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
  2. Ditubuhkan selepas wujudnya Akta Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Perdana Menteri Malaysia ketika itu adalah Tun Dr Mahathir (bersesuaian dengan Dasar Penswastaan yang dilancarkan oleh beliau) dan Menteri Pendidikan ketika itu adalah Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang.
  3. Tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukkan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan dan tidak dikawal selia oleh Bank Negara.
  4. Peminjam PTPTN yang tidak dapat melunaskan hutang dan telah disenaraihitamkan tdak bebas bergerak ke mana sahaja hatta ke luar negara.

Membantu atau membantut?

Negara muflis dan mahasiswa malas

PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma, menyebabkan rata-rata dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa/i yang cakna rasa terpanggil untuk memberi respon, terutamanya respon dari aspek kesan dan akibat yang bakal diterima oleh negara dan mahasiswa itu sendiri.

Pihak yang cuba menjaga periuk nasi masing-masing mudah melatah dan menggelabah dengan isu yang dimainkan. Lalu muncul suara-suara yang menggembar-gemburkan soal negara akan muflis, negara akan menanggung bebanan hutang yang tinggi, kedudukan mahasiswa Melayu terjejas dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga bunyi-bunyi yang mengaitkan pendidikan percuma dengan sikap mahasiswa yang sambil lewa dalam pelajaran masing-masing. Pendidikan percuma dilihat memberi ruang yang cukup selesa kepada mahasiswa seterusnya menyebabkan mahasiswa tidak ambil serius soal pelajaran dan akademik.

Saya sendiri melihat soal negara akan muflis dan yang bersangkutan denganya, sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu mendapat pendedahan yang secukupnya berkenaan sumber pendapatan negara, penyaluran sumber-sumber tersebut, adakah cukai merupakan sumber utama pendapatan negara, hutang yang ditanggung oleh negara. 
 
Hal ini kerana, sebagai rakyat kita akan lebih jelas berkaitan persoalan pengurusan pentadbiran kewangan yang cekap dan seterusnya mekanisme yang perlu dilaksanakan dalam usaha melunaskan segala hutang yang ditanggung oleh negara. 

Sikap mahasiswa tidak sepatutnya menjadi hujah utama dalam membahaskan isu sebegini. Sikap adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dipengaruhi dengan suasana persekitaran. Pihak kerajaan berperanan dalam membentuk suasana persekitaran. Sebahagian masyarakat hari ini tidak lagi memandang ilmu sebagai sesuatu yang cukup berharga dan bernilai. Pandangan sebegini perlu diubah dan dibentuk diperingkat akar umbi lagi.

Lontaran yang perlu disambut

Idea pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN adalah idea yang perlu disambut. Bagaimana menyambut idea tersebut, setuju atau tidak, terpulang kepada setiap individu yang cakna.

Saya sendiri bersetuju dengan lontaran tersebut. Cumanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam melontarkan idea pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN, soal mekanisme perlu diperhalusi. Sebagai individu yang menyambut baik dengan lontaran idea ini, saya bersedia untuk berkongsi sebarang idea bagi memperhalusi mekanisme serta berusaha memberi pandang sisi mahasiswa sekadar yang termampu.

Saya sertakan beberapa link, artikel beberapa pihak yang menyambut  isu ini.





 
Pengerusi GMUKM, Saudara Ahmad Shukran Shaharudin. Artikel penuh boleh didapati di laman blog peribadi Papan Kekunci.
Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !