Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.
Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam beberapa hari ini," kata peguam Ahmad, saudara Mohd Zakwan Adenan (gambar) kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.
Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.