Tindakan awal Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin menubuhkan Kelab Penyokong Barisan Nasional (KPBN) dilihat tepat
dalam meraih sokongan anak muda, khususnya mahasiswa di seluruh institusi
pengajian tinggi Malaysia.
Matlamat penubuhan KPBN ini tidak
ubah menunjukkan keprihatinan pihak UMNO BN terhadap nasib mahasiswa di kampus
selepas berlakunya pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
baru-baru ini.
“Saya harap kelab ini dapat
mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri
dalam politik,” kata Khairy Jamaluddin. (BERNAMA)
Namun, hasrat dan cita-cita agung
Ketua Pemuda UMNO ini disanggah sekeras-kerasnya oleh Presiden Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhamad Azan Safar.
Mengapa begitu?
Khairy Jamaluddin telah mendakwa “Golongan
Muda sudah kembali kepada UMNO, BN”.
Kenyataan beliau terhadap
kemenangan Pro-Aspirasi di beberapa kampus hari ini jelas menunjukkan keakraban aktivis UMNO Kampus ini terhadap orang
tua mereka, UMNO-BN.