Bangi — Mahasiswa di seluruh Malaysia sudah
boleh mengakses maklumat mengenai keputusan peperiksaan semester 1 sesi
2012-2013 di Laman Web Rasmi Universiti.
Pelbagai reaksi dapat kita lihat, ada yang mengucap syukur,
gembira, sedih dan sebagainya. Baik yang berjaya atau kurang berjaya, jangan
pernah serik untuk berusaha. Sebaiknya, kita selidiki kelemahan sebenar dalam
diri yang menghalang kita mengecapi kejayaan seperti sahabat yang lain.
Bagi mahasiswa tahun 1, mereka menzahirkan kekecewaan
mereka. Keputusan peperiksaan yang pertama mereka tidak dapat dikeluarkan atas faktor
hutang di Bendahari UKM.
Asalnya yuran RM 390 tersebut diucapkan semasa Minggu Mesra
Pelajar (MMP 2012). Namun, di dalam penyata tersebut mencatatkan RM 320, baki
RM 70 itu kemudiannya diletakkan lewat sedikit atas faktor kesilapan teknikal
Bendahari UKM.
MPP FEP GMUKM, Mufaddal Mustansir melaporkan sebahagian
besar Mahasiswa UKM memenuhi ruangan lobi Bendahari UKM di Canselori semalam. Faktor
sekatan kewangan acap kali berlaku, begitupun disebabkan masalah yang ditimbulkan
sendiri oleh pelajar.
Namun, bagi kes kali ini, kesilapan yang sedikit oleh
Bendahari UKM, pasti menimbulkan pelbagai syak wasangka. Dalam keadaan
Mahasiswa UKM sudah pun tamat kertas peperiksaan, dan selesai melangsaikan
hutang di Bendahari, apabila tiba hari pengumuman keputusan peperiksaan, mereka
tidak berjaya untuk mengakses maklumat tersebut.

"Kuncinya
(adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau
Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari
pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES
Datuk Mohd Radzi Abd Latif.